Dobrze przemyslane kasyno online daje wieksza kontrole i pozwala skupic sie na rozrywce. Jako przyklad do porownania moze posluzyc visa kasyno online, ktory najlepiej ocenic pod katem licencji, platnosci i realnych opinii. Przejrzyste zasady wyplat i jasne limity to jeden z najlepszych dowodow uczciwosci kasyna. Wsparcie klienta warto sprawdzic zadajac konkretne pytanie i mierzac czas oraz jakosc odpowiedzi. Narzedzia takie jak samowykluczenie swiadcza o dojrzalym podejsciu operatora do gracza. Spojne i proste opcje pozwalaja szybko znalezc gre, promocje lub zasady wyplat. Jakosc serwisu poznaje sie po dostawcach oprogramowania, bo renomowani producenci dbaja o jakosc. Kasyno na zywo zyskuje popularnosc dzieki realnym krupierom. Darmowe spiny dodaja atrakcyjnosci, ale kluczowy bywa limit wygranej oraz gry, w ktorych mozna je wykorzystac. Dobrze zaprojektowany interfejs ulatwia nawigacje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. W Polsce duze znaczenie ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Wazna kwestia jest zabezpieczenie danych, ktore powinno byc standardem u kazdego rzetelnego operatora. Rozsadny gracz zestawia nie sama wielkosc bonusu, lecz jego realne warunki. Weryfikacja tozsamosci bywa wymagana przed pierwsza wyplata, wiec nie nalezy sie tym zaskakiwac. Kasyno na zywo cieszy sie uznaniem dzieki atmosferze prawdziwego stolu. Odpowiedzialna gra powinna byc priorytetem, a limity wplat i czasu pomagaja zachowac kontrole. Bonusy wygladaja atrakcyjnie, jednak ich wartosc okresla warunek obrotu, ktory nalezy przeanalizowac przed rejestracja. Przejrzysta polityka odpowiedzialnej gry to sygnal, ze operator dziala uczciwie. Kluczowa kwestia jest szyfrowanie polaczenia, ktore powinno byc regula u kazdego rzetelnego operatora. Warto pamietac, ze to zabawa, a nie sposob na zarabianie. Dobrze zaprojektowany interfejs ogranicza frustracje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. Automaty maja rozny charakter pod wzgledem zwrotu RTP i zmiennosci, dlatego warto je porownac. W Polsce istotna role ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty sa natychmiastowe. W Polsce istotna role ma natychmiastowy przelew mobilny, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Metody platnosci powinny byc wygodne, a czas wyplaty to jeden z najwazniejszych parametrow. Przejrzysta polityka prywatnosci to sygnal, ze operator traktuje gracza powaznie. Rzetelna obsluga nie zbywa gracza, a nie odsyla do niekonczacych sie formularzy. Czytelna strona, prosta nawigacja i brak nachalnych reklam znaczaco poprawiaja komfort korzystania z serwisu. Jesli serwis nie zawiesza sie na smartfonie, gra staje sie znacznie przyjemniejsza. Na koniec warto zapamietac, ze spokojna, swiadoma decyzja chroni gracza bardziej niz pospiech.

Rakyat Menilai, Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi

CABARAN besar menanti Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendepani gelombang wabak coronavirus (COVID-19) yang telah menjejaskan aktiviti harian rakyat. Pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai kemampuan Kabinet baharu menyelesaikan beberapa isu besar yang sedang dihadapi negara.

Alasan Kabinet masih baharu atau dalam tempoh ‘pembelajaran’ sudah tidak relevan, terutama bagi Menteri yang berpengalaman dan pernah berada dalam pentadbiran lalu. UMNO, BN dan Muafakat Nasional meletakkan harapan yang besar kepada Menteri dan timbalan Menteri yang mewakili BN dan MN dapat memenuhi tuntutan portfolio yang dipertanggungjawabkan dengan efektif dan berintegriti.

Sepertimana kenyataan saya minggu lalu, UMNO bersama pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional semata- mata sebagai suatu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus terbelenggu dengan krisis politik, lantaran terbubarnya kerajaan Pakatan Harapan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada 21 Februari 2020.

UMNO akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga PRU ke-15 berasaskan beberapa panduan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada 12 Mac lalu.

Keutamaan kita membina keyakinan rakyat kepada kerajaan hari ini terutamanya melalui kementerian-kementerian yang diwakili UMNO, BN dan Muafakat Nasional. Kita wajib berusaha dengan sedaya upaya memenuhi aspirasi rakyat setelah mereka dikecewakan oleh Kerajaan PH. Rakyat sudah mual dan muak dengan pertikaian dan retorik politik berkepentingan yang tidak berkesudahan.

Kesilapan sebahagian besar pemimpin lalu sewaktu ditampuk kuasa perlu dijadikan teladan, antaranya dakwaan wujudnya ‘daulah terpendam’ sehingga wujudnya rasa tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam.

Sistem penyampaian dan pengurusan perlu ditingkatkan agar lebih efektif dan berkesan. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab dan memikirkan kesan bukan hanya dalam konteks politik, malah implikasi kepada ekonomi dan rakyat. Begitu juga setiap langkah yang akan diambil, dibincangkan terlebih dahulu dengan semua pemegang taruh, sebelum diumumkan untuk dilaksanakan.

Kita tidak mahu lagi ada sebarang keputusan ‘flip-flop’ yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur. Kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa selamanya UMNO, BN dan Muafakat Nasional istiqomah membela nasib mereka.

Pengisytiharan COVID-19 sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) adalah satu gesaan kepada setiap individu untuk bertindak secara proaktif mencari jalan penyelesaian berhadapan dengan COVID-19, walau di mana sahaja berada.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyatakan dalam memerangi COVID-19, “Ini adalah masa untuk bertindak dengan lebih bijak dan cermat, bukannya panik”.

Tambahnya lagi, “Kita boleh melambatkan penularan, mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa, tetapi ia memerlukan tindakan bersepadu semua pihak di seluruh dunia”.

Semoga dengan kerjasama dan keperihatinan rakyat memudahkan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan melakukan yang terbaik bagi membendung penularan COVID-19, penat-lelah dan pengorbanan warga KKM amat dihargai. Jangan kita biarkan KKM bersendirian memikul tugas berat ini, setiap kita boleh membantu dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

Penularan COVID-19 turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Pengumuman kerajaan unjuran pertumbuhan KDNK yang lebih rendah sebanyak 3.6 peratus hingga 4.0 peratus pada tahun ini, merosot daripada unjuran awal sebanyak 4.8 peratus telah meresahkan rakyat dan menimbulkan ketidaktentuan pasaran dan pelaburan asing.

Penganalisis ekonomi menjangkakan bahawa rantaian bekalan global akan terus terganggu berikutan COVID-19, manakala minyak mentah Brent dijangka jatuh kepada AS$20 setong, justeru memerlukan kerajaan mempercepatkan pelaksanaan pelan rangsangan fiskal. Sependapat dengan pandangan ini, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pada masa ini, langkah untuk menerapkan keyakinan dalam kalangan pelabur amat penting.

Saya berpandangan kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pakej rangsangan fiskal supaya permintaan domestik akan terus berkembang dan mengimbangi kelemahan dari luar negara. Saya menjangkakan permintaan terhadap instrumen selamat seperti bon atau sukuk akan menjadi pelaburan yang akan mendapat permintaan tinggi walaupun hasilnya rendah.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa pemain-pemain industri pelancongan, perhotelan dan penerbangan, Kerajaan melalui kementerian yang berkaitan perlu mencari penyelesaian terbaik membantu mereka bagi mengurangkan bebanan dan komitmen bulanan yang tidak dapat dijelaskan dengan pihak kewangan disebabkan perniagaan yang terjejas teruk.

Saya dimaklumkan sehingga bulan Februari sahaja agensi pelancongan telah mengalami kerugian sebanyak RM 3.37 bilion, dan sebanyak RM 450 juta daripadanya mereka yang mengendalikan pakej umrah. Satu kajian menyeluruh dan segera perlu dilakukan bagi mengenalpasti industri-industri lain yang turut terjejas secara langsung dan tidak langsung akibat penularan COVID-19.

Walaupun sebahagian daripada kerajaan, UMNO akan terus memainkan peranan secara proaktif dan konsisten sebagai ejen semak dan imbang atau check and balance terhadap kerajaan. Dalam sistem demokrasi semak dan imbang adalah sesuatu yang baik bagi mengimbangi kuasa dan tanggungjawab untuk memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela. John Emerich Edward Dalberg Acton (1834-1902), dalam suratnya kepada Bishop Mandell Creighton menulis “Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely, great men are almost always bad men”.

Agenda ummah melalui Muafakat Nasional (MN) akan terus diperkasakan. Walau berada dalam kerajaan, agenda MN tidak dilupakan dan dibiarkan layu. Muafakat Nasional wajib diteruskan, agenda utamanya perlu diperkasakan.

Program bersama antara UMNO dan PAS atas nama MN perlu diadakan secara berkala dan konsisten bagi memperteguhkan lagi agenda MN bersama gagasan ‘umran al-‘alam’ atau ‘Kemakmuran Sejagat’. Memperkukuhkan BN bersama rakan komponen MCA, MIC dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) pastinya menjadi antara keutamaan saya.

Walaupun telah timbul pelbagai persepsi negatif yang dimainkan dalam media sosial berkaitan masa depan UMNO, BN dan MN. Saya optimis, kerjasama yang telah dibina mampu dipertahankan walaupun terdapat usaha-usaha yang telah dirancang bagi memecah-belah dan menghuru-harakan UMNO, BN dan MN.

Kita tiada masa untuk melayan provokasi politik, lambakan tindakan tertangguh perlu diselesaikan dengan kadar segera antaranya kes pembunuhan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi berkepentingan rakyat termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kes skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion dan lain-lain kes tertangguh yang perlu disegerakan.

Amanah telah diberikan, rakyat sedang memerhati dan menilai. Masa untuk bekerja dan membuktikan kepada rakyat, kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi, bekerja dengan kompetensi, Insya-Allah segala usaha akan dipermudahkan.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#kurangkankontroversitingkatkanprestasi