Dobrze przemyslane kasyno online daje wieksza kontrole i pozwala skupic sie na rozrywce. Jako przyklad do porownania moze posluzyc visa kasyno online, ktory najlepiej ocenic pod katem licencji, platnosci i realnych opinii. Przejrzyste zasady wyplat i jasne limity to jeden z najlepszych dowodow uczciwosci kasyna. Wsparcie klienta warto sprawdzic zadajac konkretne pytanie i mierzac czas oraz jakosc odpowiedzi. Narzedzia takie jak samowykluczenie swiadcza o dojrzalym podejsciu operatora do gracza. Spojne i proste opcje pozwalaja szybko znalezc gre, promocje lub zasady wyplat. Jakosc serwisu poznaje sie po dostawcach oprogramowania, bo renomowani producenci dbaja o jakosc. Kasyno na zywo zyskuje popularnosc dzieki realnym krupierom. Darmowe spiny dodaja atrakcyjnosci, ale kluczowy bywa limit wygranej oraz gry, w ktorych mozna je wykorzystac. Dobrze zaprojektowany interfejs ulatwia nawigacje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. W Polsce duze znaczenie ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Wazna kwestia jest zabezpieczenie danych, ktore powinno byc standardem u kazdego rzetelnego operatora. Rozsadny gracz zestawia nie sama wielkosc bonusu, lecz jego realne warunki. Weryfikacja tozsamosci bywa wymagana przed pierwsza wyplata, wiec nie nalezy sie tym zaskakiwac. Kasyno na zywo cieszy sie uznaniem dzieki atmosferze prawdziwego stolu. Odpowiedzialna gra powinna byc priorytetem, a limity wplat i czasu pomagaja zachowac kontrole. Bonusy wygladaja atrakcyjnie, jednak ich wartosc okresla warunek obrotu, ktory nalezy przeanalizowac przed rejestracja. Przejrzysta polityka odpowiedzialnej gry to sygnal, ze operator dziala uczciwie. Kluczowa kwestia jest szyfrowanie polaczenia, ktore powinno byc regula u kazdego rzetelnego operatora. Warto pamietac, ze to zabawa, a nie sposob na zarabianie. Dobrze zaprojektowany interfejs ogranicza frustracje, zwlaszcza na mniejszym ekranie. Automaty maja rozny charakter pod wzgledem zwrotu RTP i zmiennosci, dlatego warto je porownac. W Polsce istotna role ma wsparcie dla platnosci BLIK, dzieki czemu wplaty sa natychmiastowe. W Polsce istotna role ma natychmiastowy przelew mobilny, dzieki czemu wplaty nie wymagaja przepisywania danych. Metody platnosci powinny byc wygodne, a czas wyplaty to jeden z najwazniejszych parametrow. Przejrzysta polityka prywatnosci to sygnal, ze operator traktuje gracza powaznie. Rzetelna obsluga nie zbywa gracza, a nie odsyla do niekonczacych sie formularzy. Czytelna strona, prosta nawigacja i brak nachalnych reklam znaczaco poprawiaja komfort korzystania z serwisu. Jesli serwis nie zawiesza sie na smartfonie, gra staje sie znacznie przyjemniejsza. Na koniec warto zapamietac, ze spokojna, swiadoma decyzja chroni gracza bardziej niz pospiech.

Situasi Politik Semasa

Kehangatan senario politik tanah air ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada pembentukan barisan Kabinet Perikatan Nasional. Pelantikan Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 belum meredakan ketidaktentuan politik tanah air. Pelbagai spekulasi dan provokasi politik dilakukan berkaitan pembentukan Kabinet. Secara umumnya netizen melalui pelbagai medium telah menyuarakan pandangan dan kebimbangan agar barisan Kabinet dibentuk segera bagi menamatkan kemelut politik semasa yang berpanjangan tanpa noktah. Saya berpandangan pembentukan barisan Kabinet bukan sahaja bagi menstabilkan ketidaktentuan politik tetapi bagi berhadapan dengan ancaman penularan COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.

Beberapa penganalisis politik berpandangan walaupun kerajaan masih boleh beroperasi kerana adanya peranan kumpulan eksekutif, ia seakan tidak sempurna jika ada perkara membabitkan isu dasar yang memerlukan keputusan segera dibuat oleh kerajaan seperti isu ekonomi dan kesihatan rakyat.

Pengumuman saya menawarkan diri untuk TIDAK dilantik dalam barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN) Sabtu lalu telah menjadi satu polemik politik. Suatu kejutan kepada kepimpinan dan ahli UMNO. Pelbagai reaksi dan pandangan positif daripada pimpinan UMNO dan netizen berkaitan dengan pengumuman tersebut antaranya:

 Sikap yang ditunjukkan Presiden UMNO dan Presiden PAS ini adalah sikap terpuji yang wajar jadi teladan buat anak bangsa. Pada tangan mereka berdualah dengan bimbingan Allah SWT kita letakkan nasib dan masa depan ummah.

 Presiden cukup berjiwa besar menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam Kabinet, maka raikanlah keputusan ini, bertepuk tanganlah anda anda semua, maka sudah tercapailah hasrat dan puaslah hati anda agaknya. Presiden yang telah mengorbankan dirinya demi mempertahankan UMNO dari terus ditalkinkan, meneguh ikatan ukhwah ummat Melayu di dalam Penyatuan Ummah dan Gagasan Muafakat Nasional dan akhirnya bersama mengusahakan Perikatan Nasional.

 Ini jelas menunjukkan betapa jiwa besar pemimpin UMNO yang perlu dicontohi oleh semua pihak. Namun begitu, Presiden UMNO perlu ada dalam barisan kabinet demi maruah parti.

 Penawaran yang sukar – Tawaran yang dibuat oleh Presiden UMNO adalah untuk pertimbangan Tan Sri, gunakanlah kebijaksanaan Tan Sri untuk mencipta Kabinet yang stabil dan boleh bekerja dengan baik kepada rakyat.

 YAB Perdana Menteri dapat memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya dengan memberi peluang kepada Presiden parti agar turut menyertai barisan Kabinet kerana institusi Presiden sewajarnya mendapat pengiktirafan.

 Mangsa pendakwaan politik secara terpilih begitu pantas dipersepsikan bersalah walaupun mahkamah belumpun menjatuhkan sebarang hukuman. Jika piawaian bersih dan integriti ini banyak bergantung kepada persepsi umum, maka barisan Kabinet yang bakal diumumkan nanti mestilah juga terdiri daripada mereka yang benar-benar bebas dan dilihat bebas daripada sebarang skandal integriti yang pastinya tidak hanya terhad kepada pimpinan UMNO semata-mata.

Ini antara ribuan pandangan dan reaksi yang dilontarkan kepada saya melalui media sosial, whatsapp, telegram, sms, kenyataan media dan artikel. Saya amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pandangan dan komen-komen yang diberikan. Semoga ia dapat menghilangkan segala tohmahan negatif oleh mereka yang berkepentingan politik terhadap saya, UMNO dan Muafakat Nasional.

Saya memahami semua pandangan yang meminta pertimbangan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri, lebih menjurus kepada meminta YAB Perdana Menteri mengiktiraf institusi Presiden UMNO sebagai institusi terpenting dalam parti. Reaksi ini dibuat demi untuk kebaikan UMNO, BN, Muafakat Nasional dan perikatan Nasional. Saya yakin dan berpegang dengan firman Allah SWT yang bermaksud “Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya” (QS. Ali ‘Imran/3 ayat 159).

Jika diteliti dan dihadami ucapan saya Sabtu lalu di Bagan Datuk, bagi meredakan situasi politik semasa saya telah menggariskan beberapa keperluan mendesak yang perlu dititik-berat dan dirungkai oleh YAB Perdana Menteri dan barisan Kabinet antaranya:

 Jawatan-jawatan dalam kerajaan dan sebagai anggota pentadbiran, barisan Kabinet perlu segera merangka dan melaksanakan dasar-dasar baru baharu yang menepati keperluan semasa rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 serta golongan muda. Pandangan daripada parti-parti politik dalam kerajaan dan di luar kerajaan perlu diambil-kira. Janganlah buat dasar mengikut ‘syok sendiri’ mengabaikan keperluan rakyat.

 Menterjemah dan merealisasikan semua agenda nasional yang merakyat. Kegagalan Pakatan Harapan kerana agenda mereka tidak merakyat. Agihan kekayaan negara hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Hinggakan Melayu dan Bumiputera terasa terpinggir di bumi sendiri. Ambil iktibar dan kita jadikan sebagai sempadan dan tidak mengulanginya.

 Pemimpin dan ahli politik yang berhadapan dengan pertuduhan mahkamah secara terpilih dan bermotifkan politik diberikan ruang untuk pembersihan diri melalui proses mahkamah dan tidak menggugurkan kes-kes mahkamah melalui keputusan Peguam Negara sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan PH. Jika Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM terdahulu benar-benar telus dan berintegriti kenapa mereka perlu takut hingga meletakkan jawatan? Adakah siasatan dan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan mengikut telunjuk ‘political master’ yang bermotifkan politik dan pertuduhan selektif serta tiada bukti dan saksi yang ‘credible’ sebagaimana telah terbukti ketika perbicaraan dijalankan? Adakah siasatan dan semua pertuduhan dibuat untuk menjatuhkan imej dan kredibilti pemimpin UMNO dan mengharapkan UMNO akan hancur?

Rakyat menunggu dan mengharapkan sesuatu yang bermakna dengan pelantikan Jemaah Menteri Perikatan Nasional yang dijangkakan akan diumumkan pada petang ini. Jangan kecewakan mereka. Perjalanan politik ini masih jauh, PRU ke-15 menunggu kita pada bila-bila masa sahaja. Saya meletakkan harapan yang besar semoga dengan pelantikan Jemaah Menteri berwibawa dan berintegriti, dapat meredakan keresahan rakyat dengan situasi politik semasa yang tidak menentu.

Saya yakin YAB Perdana Menteri mempunyai pertimbangan-pertimbangan yang wajar untuk melantik mereka yang berwibawa dalam barisan Kabinetnya. Kita semua hendaklah berlapang dada serta berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan YAB Perdana Menteri. Semoga Kerajaan Perikatan Nasional terhindar daripada doa orang-orang yang dizalimi kerana doa mereka yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah SWT.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salamperikatannasional
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#perikatannasionalpemacupolitikmalaysia
#SecangkirKopi47