1. UMNO menjunjung titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan pengisytiharan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana nasihat YAB Perdana Menteri.
2. Memandangkan rasional yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik Covid-19, maka segala kuasa dibawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan wabak semata-mata.
3. Sepanjang darurat berlangsung, UMNO berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap dipelihara.
4. Kerajaan juga harus memberi jaminan untuk mengambil berat kepentingan rakyat dan mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat terutamanya mengenai tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat, lanjutan moratorium dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya.
5. Usaha harus dilakukan untuk segera mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan Demokrasi Berparlimen sejurus darurat yang diproklamasikan mencapai matlamatnya.
AHMAD ZAHID HAMIDI
12 Januari 2021
[gview file=”https://umno.org.my/wp-content/uploads/2021/01/Kenyataan-Media-Presiden-UMNO.pdf”]