Negara Bukan Hak Milik Peribadi, Demokrasi Malaysia Mesti Lebih Baik

DEMOKRASI Malaysia Mesti Lebih Baik

Demokrasi Malaysia seharusnya lebih kukuh dan lebih baik dari sebelumnya.

Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa demokrasi kita semakin menyusut dan merosot.
Malaysia pasca moden sewajarnya boleh menjadi teladan kepada negara membangun lain tentang bagaimana demokrasi kita itu berevolusi dalam sistem demokrasi yang sarat dengan kearifan tempatan. Dan ia membuahkan pelbagai kejayaan dengan Malaysia menjadi negara membangun paling berjaya.

Namun sebaliknya yang berlaku. Kita semakin mundur dari kualiti kepimpinan dengan ahli Parlimen bertindak sesuka hati atas perkiraan pribadi dan bukan prinsip serta nilai.

Kebebasan bersuara dan berekspresi semakin mengecil dengan pelbagai ordinan dan tindakan yang menanam ketakutan dan bukannya pertanggungjawaban.
Apatah lagi bila Parlimen digantung dan Perlembagaan dilumpuhkan. Semua ini adalah kesusutan nilai demokrasi yang sangat di bimbangi.

Malaysia mesti keluar dari defisit demokrasi ini. Kita sepatutnya lebih baik dan lebih unggul dalam mengurus negara ini dan menampilkan amalan demokratik yang lebih maju.

Membiarkan potensi Malaysia dalam kedudukan sepertinya sekarang, adalah sangat mendukacitakan.

Kepada semua rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memperbaiki kedudukan demokrasi Malaysia.

Sama ada kita seorang Menteri Kabinet, atau penjawat awam, atau ahli politik pembangkang, atau kumpulan masyarakat sivil mahupun hanya orang biasa, marilah kita mengembalikan amalan demokrasi di Malaysia ke tahap dan kedudukan lebih baik.

Negara ini adalah tanahair yang istimewa buat semua penduduknya. Ia bukan hak milik peribadi atau sesiapapun dan tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.

Negara ini adalah hak semua untuk semua. Rakyat negara ini mengimpikan watan idaman yang benar-benar akan memberikan mereka rasa kepunyaan kepada Malaysia.

Lalu marilah kita memperbaiki demokrasi di Malaysia ini tanpa lelah. Lakukan apa jua yang termampu, agar akhirnya, dengan usaha kolektif semua, demokrasi di Malaysia akan menjadi lebih baik dan lebih maju.

===========================================

Malaysia’s Democracy Must be Better

Malaysia’s democracy must be better and stronger than before.

Unfortunately, the events that has recently taken place uncovers the fragility and weaknest of our democracy

Post-modern Malaysia could have been exemplary to other developing nations about how our democracy could revolutionise into a democratic system that is filled with local wisdom and bore many achievements with Malaysia being the most successful developing nation.

However, the opposite is happening. The quality of our leadership is regressing with members of Parliament acting recklessly based on selfish needs and not on principles or values.

Freedom of speech and expression is shrinking with various ordinance and impositions that instill fear rather than responsibility into the people.

This is coupled with the context of the hung Parliament and our crippling Constitution. All of these are deteriorations of our democratic values which is extremely worrying.

Malaysia must come out of this democratic deficit. We have to be better and strive to excel in governing this nation while presenting progressive democratic values.

To allow Malaysia’s potential to continue in its current position is devastating.

To all Malaysians, we have a collective responsibility to improve Malaysia’s democracy.

Whether we are a Cabinet Minister, a public servant, an opposition politician, a member of civil society, or even just a layman, let us revive our democratic values to a level that is better than what it is today.

This country is ours. The people of this country dream of a prosperous homeland that truly makes Malaysia feel like they belong.

Thus, let us work towards recovering our democracy with haste. Do whatever we can for the sake of finally, with our collective effort, uplifting Malaysia’s democracy to a better and more progressive place.

DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD HAJI HASAN
Timbalan Presiden