SEREMBAN, 22 Julai – UMNO bukan gila kuasa seperti didakwa pihak tertentu hanya kerana parti terbabit mempunyai pandangan berbeza dengan tindakan yang dilakukan kerajaan.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang menganggap dakwaan itu amat tersasar susulan tindakan yang dilakukan kerajaan.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang menganggap dakwaan itu amat tersasar susulan tindakan segelintir pihak menuduh UMNO sedemikian.
“Mana mungkin parti yang gila kuasa merupakan satu-satunya parti dari awalnya lagi apabila Pakatan Harapan (PH) bermasalah membuat kenyataan terbuka untuk mengembalikan mandat pada rakyat… itulah UMNO. Mana mungkin UMNO yang gila kuasa mengangkat presiden PPBM menjadi Perdana Menteri dan logikkah mereka mengatakan UMNO gila kuasa.
“Perikatan Nasional (PN) sudah tentu gila kuasa sebab akan menguatkan partinya dan menggunakan darurat untuk menyuntik rakyat semasa COVID-19… itulah gila kuasa bukannya UMNO. PH lagi ‘champion’ kerana dari Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 sampai ke hari ini mengatakan cukup ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. Itulah gila kuasa tapi masih cerita yang sama dan bukannya UMNO.
“Mereka akan serang UMNO dan menggunakan kuasa melantik orang-orang politik mereka semasa PRU nanti. Jangan kita izinkan hipokrasi mereka itu terlepas begitu saja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penutup program seminar penceramah-penceramah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Penerangan UMNO Negeri Sembilan, di bangunan Wisma UMNO Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Presiden yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Pengerusi BPUN Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lassim; Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil serta kepimpinan UMNO seluruh bahagian Negeri Sembilan.
Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berharap agar penceramah dapat membalas serangan dengan berfakta.
“Kita ada skrip macam mana hendak balas serangan-serangan dari pembangkang dan yang akan jadi masalah adalah isu dalaman malah ia lebih rumit hendak dijelaskan. Yang tidak suka Presiden akan serang Presiden dan yang tidak suka Perdana Menteri akan serang Perdana Menteri.
“Sekarang ini hendak masuk ke pilihan raya jadi ahli parti kena ‘defend’ semua. Zaman sekarang ini ramai yang hendak main selamat seolah-olah hendak menjadi penjilat tegar. Saya orang parti, saya orang institusi akan tetapi kita harus menjaga parti dulu dari apa-apa gangguan,” ujarnya lagi. – UMNO Online