SETIAUSAHA Agung, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata usaha pembangkang mengumpulkan Akuan Bersumpah untuk menggulingkan kerajaan adalah sia-sia.
Menulis di laman FBnya, beliau berkata hanya undian di Parlimen sahaja boleh menentukan sama ada sokongan terhadap kerajaan yang ada masih ada ataupun sebaliknya.
“Tak perlulah buat kerja sia-sia mencari dan mengumpulkannya (SD). Jika berani, buat di Parlimen.
“Kerajaan Perpaduan hari ini cukup kukuh dan adalah sukar mereka menggugatnya.
“Jadi, lupakanlah usaha sia-sia itu,” katanya.