Banyak risiko Bung sebagai ‘poster boy’ PRN

MENAMAKAN Bung Moktar Radin sebagai ‘poster boy’ pada pilihanraya negeri Sabah akan memberi lebih banyak risiko kepada UMNO dan Barisan Nasional, kata beberapa penganalisa politik.

Bilcher Bala daripada Universiti Malaya berkata ini kerana Bung dikaitkan dengan gerakan gagal untuk menjatuhkan ketua Menteri Hajiji Noor pada 2023, dan dengan menjadikannya ‘poster boy’ akan menjejaskan peluang UMNO dan Barisan Nasional untuk memenangi PRN nanti.

Beliau juga berkata pandangannya itu dikongsi oleh beberapa parti lain di Sabah, lebih-lebih lagi cara kepemimpinannya adakalanya tidak disenangi.

Walaupun cadangan UMNO Sabah itu menarik perhatian, menjadikan Bung sebagai ‘poster boy’ tetap ada risiko yang tinggi.

Syahruddin Awang Ahmad dari UMS pula berkata, pendekatan kempen BN patut lebih teliti agar perbicaraan kes rasuah Bung tidak memberikan kesan negatif kepada niat pakatan itu untuk memenangi PRN Sabah.

Terdahulu, UMNO Sabah mencadangkan agar Bung dijadikan ‘poster boy’ pada pilihanraya negeri Sabah akan datang.

“Sudah jadi kebiasaan menamakan pengerusi perhubungan negeri sebagai ‘poster boy’ PRN.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata belum tiba masanya untuk menentukan siapa ‘poster boy’ PRN Sabah kerana apa yang lebih penting ialah mencapai kemenangan.

PRN Sabah mesti diadakan sebelum Disember 2025.