PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak belum memutuskan sama ada pilihanraya umum boleh diadakan lebih awal.
Bercakap di WTC semalam, beliau berkata Umno belum membuat keputusan untuk memohon ia diadakan awal.
“Sama ada kita mahu ia diawalkan, ia akan dibincangkan,” katanya.
Pada 24 April, Bloomberg melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sedang menimbang mengadakan pilihanraya umum lebih awal pada penggal ketiga tahun ini ketika pentadbirannya dibelenggu isu kenaikan harga minyak yang turut menjejaskan semua negara di dunia.
Anwar, yang penggal kerajaannya akan tamat tempoh sehingga awal 2028, dikatakan sedang menimbang jika PRU boleh diadakan pada Oktober.
