UMNO sentiasa sedia hadapi PRN awal Johor

TARIKH Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan ditentukan mengikut penggal pentadbiran negeri yang berakhir pada Mac 2027, bukannya berdasarkan ramalan mana-mana parti politik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, andaian berkenaan adalah perkara biasa lazimnya berdasarkan lazimnya situasi semasa.

“Saya ingat parti-parti politik memang biasa buat jangkaan, tapi yang penting bagi kita (UMNO) sentiasa bersedia berdepan apa juga kemungkinan.

“Penggal pentadbiran negeri akan berakhir pada Mac 2027.

“Setiap hari yang berlalu makin dekat dengan tarikh tamat penggal. Maka kita memang kena bersiap dari sekarang. UMNO Johor sentiasa bersedia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, di Kota Tinggi, semalam.

Mohamed Khaled berkata, UMNO memang sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRN pada bila-bila masa.

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menjangkakan PRN Johor boleh berlaku seawal-awalnya pada awal tahun hadapan.

 

 

Umno always ready for Johor early state election

UMNO is “always ready” to face a state election in Johor, says Mohamed Khaled Nordin.

The Umno vice-president said it was common for politicians to speculate when the polls would take place as the current term ends in March 2027 in accordance with the Johor State Constitution.

“It is normal for political parties and politicians to make predictions about when the state election will take place.

“With each passing day, we are closer to the end of the term. In Umno, we are always ready for anything,” he said after an event in Kota Tinggi on Thursday.

He was asked to comment on Johor DAP vice-chief Sheikh Umar Bagharib Ali’s earlier prediction about the Johor election taking place as early as next year.

Sheikh Umar, who is also former Paloh assemblyman, advised his party to get ready and rally grassroots in preparation for the state polls.

The Johor election took place in March 2022, which saw Barisan Nasional clinching 40 seats, Pakatan Harapan securing 13, including one from its then-ally Muda, while Perikatan Nasional won three seats.