KHAIRY Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein adalah antara 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO di pelbagai peringkat yang diterima semula untuk menyertai parti itu di bawah inisiatif Rumah Bangsa.
Perkara itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, melalui Facebook sebentar tadi.
“YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Tan Sri Syed Hamid Albar bersama 6,252 bekas Pimpinan dan Ahli di pelbagai peringkat DITERIMA KEMBALI ke RUMAH BANGSA oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini,” katanya ringkas.
Mesyuarat MKT berlangsung di Melaka sebentar tadi.
