Yang kembali mungkin boleh dicalonkan – Zahid

UMNO boleh menimbang mencalonkan semula mereka yang kembali ke pangkuan parti baru-baru ini, kata presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Yang penting, kemungkinan untuk mereka menang amatla dititkberatkan, sama ada di peringkat negeri atau Parlimen,” katanya ketika ditanya mengenai pemimpin yang boleh dipertimbangkan pada pilihanraya umum akan datang.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional berkata demikian dalam pertemuan yang pihak media baru-baru ini.

Mengenai kesan kemasukan semula mereka ke dalam Umno, Zahid berkata belum ada satu pun kajian empirikal dibuat setakat ini.

Tambahnya, ramai pemimpin berkenaan belum ada hubungan langsung dengan ahli akar umbi.

Pada 17 April, Umno meluluskan tanpa syarat kemasukan semula Khairy Kamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Hussin dan Tan Sri Syed Hamid Albar.