Kes Allahyarham Adib: Kenyataan Media Wanita UMNO Malaysia

1. Berikutan daripada keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam yang memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui, maka Pergerakan Wanita UMNO Malaysia mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyatakan pendirian terhadap Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang secara terang-terangan telah salahguna kuasa. Memandangkan Tun yang melantik Tommy maka Tun perlu menyatakan secara jelas apakah tindakan yang bakal diambil.

2. Sebagai Peguam Negara, Tommy seharusnya bersikap berkecuali tetapi kegagalannya itu telah memalu dan mencemarkan nama negara.

3. Sekiranya Tun tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap Tommy, apakah jaminan Tun bahawa Tommy tidak akan mencampuri dalam kes Adib yang akan dibicarakan nanti. Bukti telah menunjukkan bahawa Tommy telah prejudis dalam kes ini dan oleh kerana itu, beliau tidak boleh sama sekali terlibat dalam kes Adib.

4. Selain itu, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia juga berharap agar Tun mampu bersikap adil dan telus agar sistem perundangan negara terus dipandanga mulia oleh rakyat kerana ketika ini rakyat sudah mulai meragui ketelusan undang-undang negara.

YB Datuk Dr. Noraini Ahmad,
Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong
27 September 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.