Borang Tubuh Cawangan

Panduan Mengisi Borang

  1. Mesyuarat penaja bagi menubuhkan cawangan baru perlu diadakan dengan terdiri daripada sekurang-kurangnya 15 orang Ahli Jawatan Kuasa.
  2. Permohonan menubuhkan cawangan penaja tersebut perlu dikemukakan secara rasmi kepada pihak Bahagian.
  3. Manakala pihak Bahagian pula akan membawa permohonan tersebut ke Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Bahagian. Sebarang keputusan perlu dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua atau Setiausaha Penaja cawangan berkenaan.
  4. Setelah selesai proses tersebut, Bahagian perlu mengemukakan permohonan kebenaran menubuhkan cawangan baru kepada Ibu Pejabat dengan dokumen seperti berikut:
    • Surat sokongan membenarkan penubuhan cawangan baru berserta minit mesyuarat Bahagian mengenai perkara tersebut.
    • Senarai Ahli Jawatan Kuasa Penaja Cawangan.
    • Minit Mesyuarat Cawangan Penaja.
    • Borang permohonan menjadi ahli baru sekurang-kurangnya 50 orang termasuk Ketua Penaja sendiri berserta salinan kad pengenalan dan yuran RM2 setiap ahli.
    • Wang tunai RM10 bagi setiap permohonan Cawangan Baru.

UMNO - Sebuah Perjuangan

Sertai Keahlian UMNO

Sertai keahlian UMNO dan bersama-sama kita membina semula negara dari kerosakan yang telah dibawa oleh Pakatan Harapan. Katakan tidak kepada kerajaan sepenggal.