Presiden UMNO

Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

10 Mei 2018 – Sekarang

Ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak 2015 di dalam kerajaan Barisan Nasional.

Dato’ Sri Najib Tun Razak

3 April 2009 – 9 Mei 2018

Ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.

Tun Abdullah Ahmad Badawi

31 Okt 2003 – 3 April 2009

bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

28 Jun 1981 – 31 Okt 2003

Pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003).

Tun Hussein Onn

14 Jan 1976 – 28 Jun 1981

Usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai 'Bapa Perpaduan'.

Tun Abdul Razak

24 Jan 1971 – 14 Jan 1976

Merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru.

Tunku Abdul Rahman

26 Ogos 1951 – 24 Jan 1971

Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

Dato’ Onn Jaafar

11 May 1946 – 26 Ogos 1951

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.