Sekolah Satu Aliran: Kerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas

Ketika Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Shah Alam semalam, resolusi Kluster Pendidikan yang dibentangkan oleh anakanda Nurul Fatin Aqilah Rahim dari Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai keperluan pihak Kerajaan untuk menghapuskan sistem sekolah vernakular dan mewujudkan sekolah satu aliran bagi memupuk perpaduan yang lebih baik di dalam negara.

Pagi ini di lobi Parlimen, saya telah diajukan soalan oleh wartawan berkenaan isu sekolah satu aliran, dan saya menegaskan bahawa Kerajaan perlu memanggil ahli akademik dan kumpulan pemikir yang terlibat terdiri daripada pelbagai kaum dan menubuhkan sebuah Jawatakuasa Khas dengan kadar segera untuk berbincang sama ada sekolah satu aliran boleh dilaksanakan atau tidak.

Saya juga berpandangan bahawa Malaysia boleh melihat sistem pendidikan yang diperkenalkan di negara-negara jiran kita di Asia Tenggara, yang telah memulakan sejak dari awal usaha untuk memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO / Ahli Parlimen Padang Terap

7 Oktober 2019


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.