Komik Promosi Idealogi Komunis: Siasat, Haramkan Dap

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana bertindak tegas dan cepat dengan mengharamkan penerbitan dan pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama, sejajar dengan usul yang dibentangkan oleh pembangkang di dewan rakyat serta gesaan pembangkang di dalam kenyataan media semalam.

Pembangkang memandang serius alasan pengharaman tersebut iaitu komik tersebut mempromosikan ideologi komunis serta penyebaran fakta yang salah mengenai perjuangan komunis malah mengelirukan pelajar tentang peranan komunis di dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

Perjuangan komunis adalah perjuangan bersenjata dan mengorbankan banyak jiwa serta menyusahkan rakyat.

Blok pembangkang mendesak pihak kerajaan, KDN untuk menyiasat semua pemimpin-pemimpin DAP yang terlibat dalam penerbitannya kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

Kalau kita lihat, kandungan Kata Pengantar komik tersebut terdapat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai serta komik ini juga telah diserahkan oleh ‘Superman Hew Kuan Yau’ kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Penglibatan DAP didalam komik ini amat jelas sekali.

Oleh kerana DAP terlibat di dalam mempromosikan ideologi dari kumpulan pengganas komunis yang diharamkan dan ianya bertentangan dengan peruntukan dibawah Akta Pertubuhan maka blok pembangkang juga mendesak supaya Pendaftar Pertubuhan mengkaji serta mengharamkan DAP.

#bubarparlimen

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.