Kerajaan Pintu Belakang

Kini sering kedengaran ISTILLAH “Kerajaan Pintu Belakang” (KPB). Apa sebenarnya makna KPB? Mungkin diertikan sebagai situasi di mana Pembangkang cuba menyelinap masuk untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan.

Namun perlu ditegaskan, jika itu yang dimaksudkan KPB, maka BN TIDAK AKAN TERLIBAT DENGANNYA. BN memilih untuk terus berperanan sebagai “Pembangkang Yang Bermaruah Dan Bertanggungjawab”

Harus juga difahami, KIRANYA pihak Kerajaan gagal berfungsi, atas apa jua sebab, JALAN BERMARUAH DAN DEMOKRATIK ADALAH DENGAN MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENYERAH KUASA SEMULA KEPADA RAKYAT.

Pilihan lain ialah seseorang ahli Parlimen YANG MEMPUNYAI SOKONGAN MAJORITI DI PARLIMEN BOLEH MEMBENTUK KERAJAAN..tidak timbul pintu Belakang

JUSTERU, cakap cakap tentang KPB, tidak berbangkit. Ia terpulang pada Kerajaan sedia ada. Namun jika mereka gagal, maka perlembagaan dan demokrasi punyai jawapan dan jalan penyelesaiannya secara BERDEPAN, bukan BELAKANG.

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung UMNO
Ahli Parlimen Ketereh


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.