Kebebasan Bukan Bermakna Boleh Lakukan Apa Sahaja

Kebebasan bukan bermakna kita melakukan apa saja, apa apatah lagi ianya melanggar adat serta norma kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

Biarpun Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia menafikan pembabitannya, ianya sukar diterima kerana jelas nama kementerian digunakan dalam Expo Tattoo Malaysia 2019 yang berlangsung di KL Convention Centre sehingga 1 Disember 2019 lalu.

Jika kementerian benar-benar tidak terbabit tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur kerana mencemarkan nama baik kementerian. Kalau tiada tindakan dan hanya penafian dibuat oleh kementerian. Rakyat tetap akan menganggap ada pembabitan kementerian dalam acara ini.

Saya harap pihak kerajaan membendung semua bentuk penganjuran acara sebegini yang tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia.

Tanggungjawab bukan hanya membangunkan fizikal negara. Lebih penting adalah membangunkan modal insan dan sahsiah rakyat. Expo ini ternyata membentuk nilai yang tidak sesuai kepada rakyat Malaysia.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.