Berantakan Sama Sendiri, Malaysia Baru Berada Dalam Tangan Yang Salah

Ketika Perhimpunan Agung UMNO 2019 berjalan dengan baik, kita lihat parti lawan, PKR, berantakan sehingga ada yang berbalut kepala.

Perpecahan sudah luar biasa dari atas hingga ke bawah. Jika dilihat perbalahan yang diwarnai dengan skandal dan ‘power play’ yang berkisar kepada perebutan kuasa dalam kerajaan.

Apa akibatnya kepada rakyat dan negara?

Sejak perubahan pentadbiran negara, berbilon ringgit pelaburan asing meninggalkan Bursa Malaysia. Prestasi Bursa Malaysia antara terburuk di dunia sepanjang setahun ini.

Menurut laporan FMT, minggu lepas sahaja sejumlah RM700.2 juta dana asing meninggalkan Bursa Malaysia. Sehingga minggu lalu jumlah dana asing yang keluar dari Malaysia bagi tahun 2019 sudah melebihi RM10 bilion.

Pertelingkahan ini pasti menambahkan syak wasangka bahawa Malaysia berada dalam tangan yang salah.

Adalah menyedihkan melihat perselisihan mereka bukan kerana mahu mencari jalan mengatasi kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham, atau mencari sebab mengapa hutang negara terus meningkat tanpa hala tuju jelas.

Persengketaan mereka bukan soal bagaimana nak bantu kehidupan orang kampung, petani, nelayan, peneroka felda dan pekebun kecil yang semakin menderita dan tidak mendapat bantuan mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin melambung..

atau bagaimana mahu membantu peniaga kecil yang kian tersepit dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini.

Mereka bergaduh mengenai milik siapa jawatan Perdana Menteri dan sampai bila.

Pergaduhan mereka ialah mengenai siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri dan siapa punya skandal lebih buruk dan hangat sensasi..

Yang amat membimbangkan kita ialah pergaduhan ini sudah mula membabitkan menteri-menteri dari PKR yang sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara.

Apalah nak jadi dengan Malaysia baru ni. Dah jadi Malaysia haru biru..

Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.