Malangnya Nasib Penjawat Awam Di Bawah PH

Akhirnya kerajaan PH U-turn lagi. Dulu bila BN kata kerajaan PH bakal kurangkan penjawat awam, PH kata kita fitnah.

Semalam apa pula cerita Hanipa, Timbalan Menteri JPM? 5% perjawatan awam akan dikurangkan? Hanipa telah membuktikan bahawa kenyataan BN adalah benar.

Sejak dari awal lagi pemimpin kerajaan PH menuduh penjawat awam tidak setia dan masih setia kepada kerajaan lama.

Apakah pengurangan penjawat awam sebagai balas dendam kepada mereka? Sebelum ini kenyataan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengatakan bahawa mulai 2020 mungkin tidak ada lagi pengambilan baru kakitangan awam tetap dan berpencen. Alangkah malangnya penjawat awam hari ini yang majoriti mereka adalah orang Melayu/Bumiputera.

#bubarparlimen

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia


Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.