Muafakat Nasional; Kembali Kepada Fitrah

SEDAR tak sedar Ramadan bakal melabuhkan tirainya, pemergiannya ditangisi dan dirindui, debaran Syawal semakin dirasai, persiapan bagi meraikan Aidilfitri rancak diatur.

Persoalannya, sejauh manakah keberhasilan yang kita capai sepanjang berada di madrasah Ramadan?

Adakah kita dapat merasai perubahan yang positif kepada diri dan keluarga pada Ramadan kali ini? Adakah Ramadan kali ini antara Ramadan yang terbaik dalam kehidupan kita?

Alangkah beruntungnya mereka yang melangkah keluar dari madrasah Ramadan dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT dan rugilah jika sebaliknya.

Aidilfitri adalah lambang kemenangan bagi mereka yang berjaya mendidik jiwa dan menundukkan kehendak hawa nafsu sepanjang berada di madrasah Ramadan. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengungkapkan “Bukanlah Hari Raya semata-mata berpakaian baharu, akan tetapi hari raya itu bagi mereka yang takutkan hari pembalasan”.

Pada tahun ini, kita akan meraikan Aidilfitri dalam suasana dengan normal baharu yang jauh berbeza dari tahun sebelumnya.

Warga kota beraya di kediaman masing-masing jauh daripada ibu bapa dan keluarga terdekat di kampung. Rentas negeri tidak dibenarkan, kunjung-mengunjung tidak digalakkan dan dihadkan kepada hanya 20 orang tetamu sahaja.

Walaupun dalam suasana baharu, saya yakin ianya tidak akan membantutkan sambutan Aidilfitri. Suasana kanak-kanak segak menggayakan baju baharu, ketupat, rendang sebagai hidangan raya, pelita dipasang di keliling rumah, kanak-kanak bermain bunga api dan tradisi sampul raya masih ada di Aidilfitri kali ini. Cuma mungkin hanya diraikan dalam suasana bersederhana sesuai dengan keadaan negara yang masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Aidilfitri penyubur fitrah insani, hari kembalinya kesucian manusia. FITRAH juga berkait dengan HANIF, iaitu suatu sifat dalam diri manusia yang cenderung, memihak kepada kebaikan dan kebenaran serta bencikan kepada kejahatan dan keburukan. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada”. (HR Ahmad).

Cenderung dan sukakan kebaikan adalah fitrah, bukan sahaja beribadah, bersedekah, menolong mereka yang kesusahan dan bersilatulrahim malah memperbaiki perilaku peribadi, hubungan dengan orang lain dalam komuniti dan organisasi serta hubungan kita dengan Allah adalah fitrah insani apatah lagi ketika menyambut Aidilfitri.

Membina dan memperteguhkan kesatuan dan penyatuan juga adalah fitrah kepada sesebuah perjuangan. Meruntuh dan memporak-perandakan kesatuan yang telah atau sedang dibina adalah suatu musibah dan kerugian kepada perjuangan.

Ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) adalah lambang kepada kesatuan, kembali kepada fitrah, khususnya FITRAH PERJUANGAN demi kemaslahatan rakyat. Walaupun ada individu dan kumpulan yang memperlecehkan dan melabelkan MN dengan pelbagai andaian antaranya MN hanya bersifat sementara dan akan gagal, MN akan dilupakan dan sebagainya. Tetapi yakinlah, jika asasnya adalah fitrah perjuangan, MN mampu bertahan dan mencapai objektif penubuhannya.

Sudah lumrah dalam perjuangan akan wujud penentangan daripada mereka yang tidak sebulu dan sehaluan walaupun sebaik mana sekalipun hadaf dan objektif perjuangan itu. Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa). – Surah Al-Insan, Ayat 27

Tolak ansur dan toleransi antara kunci untuk mengelakkan berlakunya penentangan, porak peranda dan perpecahan. Manakala kedegilan, sikap keras kepala, tidak mengalah dan merasakan pandangan serta tindakan kita sahaja yang betul bukan sahaja akan membawa kepada konflik tetapi memberikan impak negatif kepada organisasi.

Sejarah telah membuktikan bahawa tolak-ansur merupakan antara faktor yang membolehkan Islam di Sepanyol berkembang pesat dan seterusnya menyumbang kepada peradaban manusia dalam segala bidang.

Sempena dengan kehadiran Aidilfitri, saya mengajak kepada semua ahli pelbagai peringkat dan kepimpinan UMNO kembali kepada ‘Fitrah Perjuangan’ iaitu kebenaran, kebaikan dan kesatuan. Jika terdapat sebarang permasalahan dan ketidakpuasan hati, kembali kepada meja perundingan dan penyelesaian secara bersama.

Tolak-ansur dan toleransi adalah hak yang sentiasa terbuka dalam UMNO semenjak dahulu, selagi ia tidak disalah ertikan sehingga membawa kemudaratan kepada UMNO dan perjuangannya.

Semoga kita mendapatkan inspirasi terbaik dari madrasah Ramadan kali ini dan marilah kita sama-sama suburkan Fitrah Perjuangan UMNO dan Muafakat Nasional yang sebenar. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#fitrahperjuanganumno
#kitajagakita

Muafakat Nasional: Embrace the good values

REALISE it or not, Ramadan is coming to an end, it will be sorely missed as Syawal closes in for Aidilfitri celebration. The question is, what was our achievement during the fasting month of Ramadan?

Do we feel the positive changes and values to ourselves and family? Was this Ramadan the best thus far in our life?

How beneficial it is to those who follow its path and being forgiven by God The Almight? It will be a big loss to those who defy it.

Aidilfitri symbolises victory for those who managed to defeat the urge of fulfilling the needs of their soul, hunger, thirst and greed. Caliph Umar Abdul Aziz once said, “Aidilfitri is not just wearing new clothing but being afraid of the aftermath.”

This year, we celebrate Aidilfitri in a new normal atmosphere, totally different from the previous ones. City folks have to be apart with their parents in kampungs. Cross state boundaries are not permitted while only 20 guests are allowed during inter-visit at all houses.

I am sure that such a new normal will not dampen the spirit of Aidilfitri. Kids in new dress, ‘ketupat, ‘rendang’ on the table, kerosene lamps that light up a house compound, children playing fireworks and the tradition of giving out cash token are still in practice. The only difference is it is celebrated during the Movement Control Movement (MCO) imposed to contain the Covid-19 pandemic.

Aidilfitri instill good faith among us. Fitrah or tithe is closely related to HANIF, a character subscribing to good deeds and are always against devilish conduct. The Prophet said: “Good deeds bring us calmness and tranquility. Sins make us not at ease and uncontrolled worries”. (HR Ahmad).

Inclination for good deed is ‘fitrah’, not only in ibadah, charity and helping those in needs but also in positive individual pose, healthy relations with the community or organisation and with Allah in celebrating Aidilfitri.

The political cooperation between UMNO and PAS in Muafakat Nasional (MN) symbolises unity which puts the peoples’ predicaments above anything else. Although there are individuals or sect of the community who belittle MN, labeling it as temporary and will demise, forgotten and other bad dispositions. Believe me, if the struggle is based on good platforms, we will meet the objectives.

It is a common norm that this struggle meets with many oppositions. As Allah SWT said: “Those who (against you) are those who worship (luxury and comfort) which will not last, and those who turned their back (on true teachings) will be punished severely hereafter”. (Al-Insan verse 27).

Tolerance is the key to avoid confrontation and disunity. Loggerheads and not willing to give in and refusing to listen to others will only bring about conflicts and negative bearings on the organisation.

History has proven how tolerance had enabled Islam to improvised in Spain and contributed to the well being of the people.

In conjunction with Aidilfitri, I urge all levels of UMNO to return to the basic of struggle which are truth, good deeds and unity. Should there are misunderstanding or so, settle it amicably together.

Tolerance has been with UMNO for so long, and must not be misunderstood as it will be detrimental to the party.

May we gain and learn from this Ramadan, and let us flourish Muafakat Nasional with all the good values. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHID & BATIN.

 

AHMAD ZAHID HAMIDI
#menghayatiperjuanganparti
#fitrahperjuanganumno
#kitajagakita