Mohd Zaidi Aziz Dilantik Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim


KUALA LUMPUR, 21 Julai – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz hari ini dilantik sebagai Pemangku Ketua UMNO bahagian tersebut berikut penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang telah pulang ke rahmahtullah pada 15 Julai lalu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Hj Ahmad Maslan dalam kenyataannya hari ini berkata pelantikan tersebut berkuatkuasa serta-merta selaras dengan Fasal 15.7 Perlembagaan UMNO.

Beliau turut berkata pelantikan itu juga dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan pada 20 Julai lalu.

Mohd Khusairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 4.15 petang di Hospital Bentong selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort sekitar 2.30 petang pada 15 Julai lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Jamilah Nordin dan tujuh orang anak.

Mohd Khusairi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004.

Zaidi Aziz appointed acting head of Tanjung Malim division

KUALA LUMPUR, July 21 – Tanjung Malim UMNO division Deputy Chief Mohd Zaidi Aziz was appointed as the acting head following the death of its incumbent Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib on July 15.
UMNO secretary-general Datuk Seri Ahmad Maslan in his statement today said the appointment was effective immediately in accordance with Clause 15.7 of the UMNO Constitution. It was also based on the decision of the Management Committee Meeting on July 20.
Mohd Khusairi, 59, who is also the Tanjung Malim UMNO division head, was confirmed dead due to a heart attack at 4.15 pm at Bentong Hospital after fainting while playing golf at Awana Genting Highlands Golf and Country Resort around 2.30 pm on July 15.
He is survived by his wife Datin Jamilah Nordin and seven children.
Khusairi, who is also the Slim State Assemblyman (ADUN) has been the people’s representative in the constituent since 2004.