Isu Pencemaran Sungai Di Selangor: UMNO Bersama Rakyat

UMNO memandang serius kesalahan berulang daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebabkan sumber bekalan air rakyat tercemar. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali memandangkan ianya merupakan kejadian kedua daripada kilang penyelenggaraan jentera berat yang sama di mana sebelum ini pemilik premis berkenaan pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan yang sama iaitu mencemarkan sungai di Selangor.

2. Kejadian yang boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk sabotaj bekalan air negara ini jelas memberikan satu mesej yang kuat kepada kerajaan negeri Selangor khususnya dan juga kerajaan Persekutuan betapa undang-undang yang sedia ada ini tidak memadai dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan hak rakyat untuk menikmati akses bekalan air yang bersih untuk kegunaan harian.

3. PERLU DIINGAT, salah satu daripada lapan (8) hak pengguna ialah hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif dan kesihatan yang baik. Maka keselamatan dan kesihatan rakyat berpunca dari sumber air yang bersih wajib dijaga tanpa sebarang kompromi.

4. Justeru UMNO mendesak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk meminda undang-undang sedia ada seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 atau menggubal undang-undang baharu bagi perkara berikut:

a) meningkatkan denda dan kompaun yang lebih tinggi iaitu sepuluh (10) kali ganda daripada kos pembersihan pencemaran air sungai tercemar.
b) Pemilik premis atau syarikat termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat dikenakan hukuman penjara mandatori dan sebatan kerana sabotaj bekalan air negara.
c) Lesen perniagaan syarikat berkaitan dibatalkan dan pemilik premis atau pemilik syarikat perniagaan termasuk Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat disenarai hitam dari menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.

5. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di bawah Seksyen 430 Akta Kanun Keseksaan melibatkan pemilik premis yang disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah adalah sesuatu yang wajar.

6. Namun UMNO juga menggesa pihak berkuasa agar pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat tersebut turut didakwa di bawah Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan mereka yang didapati bersalah mencemarkan sistem bekalan air boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

7. Tambahan, pemilik-pemilik premis dan/atau syarikat serta Lembaga Pengarah dan Pengurusan syarikat berkenaan juga perlu disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tindakan tegas perlu diambil kerana mensabotaj serta mencemarkan Sungai di Selangor ini.

8. UMNO sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa jua isu yang bukan sahaja menyahkan hak rakyat bahkan memudaratkan keselamatan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang. Rakyat berhak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih, sihat dan selamat!

#UMNOjagarakyat
#UMNObangkit

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO

Umno views Selangor water woes seriously

UMNO takes seriously the recurrence of water supply disruption to millions of users in Selangor and Kuala Lumpur following the closure of water treatment plants for cleaning purposes. Those who caused pollution at Sungai Selangor should be condemned and apprehended. This is beyond comprehension as it is the second incident from the same heavy machinery maintenance factory whose owner was compounded RM60,000 for the same offense.
2. The incident which can be interpreted as a form of sabotage to the water supply clearly gives a strong message to the Selangor state government in particular and also the Federal government that the existing law is not enough in ensuring environmental sustainability and the people’s right to enjoy access clean water supply for daily use.
3. REMEMBER, one of the eight (8) consumer rights is the right to live in a conducive environment and good health. Therefore, the safety and health of the people due to clean water sources must be maintained without any compromise.
4. Therefore, UMNO urges the Federal Government, State Government and Local Authorities to amend existing laws such as the Environmental Quality Act 1974 or enact new laws for the following:
a) Increase the fine and higher compound which is ten (10) times the cost of cleaning the polluted river water pollution.
b) Owners of premises or companies including the Board of Directors and Management of companies are subject to mandatory imprisonment and whipping for sabotage of national water supply.
c) The business license of relevant company is revoked and the owner is blacklisted from carrying out any business activity for a period of at least 10 years.
5. Apply detention and prosecution under Section 430 of the Penal Code against the owner of a premises suspected of releasing solvent into the Gong River which flows into the Sembah River.
6. However, UMNO also urges the authorities that the owners of the premises and / or company as well as the Board of Directors and Management of the company be prosecuted under Section 121 of the Water Services Industry Act 2006 which provides that those found guilty of polluting water supply system can be sentenced to death or imprisonment for up to 20 years and whipping.
7. In addition, the owners of the premises and / or company as well as the Board of Directors and Management of the company should also be investigated under the Security Offenses (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) and stern action should be taken for sabotaging and polluting the river in Selangor .
8. UMNO will not compromise on any issue that not only undermines the rights of the people but also harms their safety in short and long term. Citizens have the right to live in a clean, healthy and safe environment!
#UMNOjagarakyat
#UMNObangkit
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
UMNO President