Wanita UMNO Tegas ‘No Dap’, Perkukuh Muafakat Nasional

WANITA UMNO Malaysia sebagai tulang belakang parti akan sentiasa komited dan teguh dengan keputusan parti iaitu tegas senada bersama keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah mempersetujui agar ‘no Dap’, tidak ada kerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan Dap dan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional.

Wanita UMNO juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini.

Justeru, Wanita UMNO berharap semua ahli parti khususnya Wanita UMNO supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam parti.

Jadi, marilah kita terus mengukuhkan benteng parti bagi memastikan tiada lubang yang boleh ditembusi pihak lawan yang mahu melihat parti keramat ini tenggelam.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
KETUA WANITA UMNO MALAYSIA