Keluar Akaun 1 KWSP Secara ‘One-Off’ Benar-benar Diperlukan Rakyat

Barisan Nasional (BN) terus menggesa kerajaan Persekutuan menerima cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya bayaran sekaligus diberikan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding secara berperingkat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengeluaran wang akaun satu KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus perlu dipertimbangkan semula sebelum Bajet 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat.

Beliau berkata, bukan itu sahaja, Kementerian Kewangan perlu melakukan beberapa penyesuaian bagi memastikan bayaran bulanan RM500 seperti diumumkan sebelum ini ditukarkan kepada pengeluaran secara sekali gus.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN sepakat menyokong permintaan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Seri Najib mengenai pengeluaran RM10,000 daripada akaun satu KWSP pencarum.

“Cadangan itu harus diterima sebagai satu saranan yang terbaik kerana rata-rata pencarum merupakan mereka yang berpendapatan rendah.

“Jika bayarannya hanya RM500 sebulan, ini tidak memenuhi matlamat mereka untuk membayar bebanan yang ditanggung oleh pencarum itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Program Ziarah Kasih di sekitar Parlimen Bagan Datuk, di sini hari.

Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Ahmad Zahid berkata, pemberian wang tersebut tidak membabitkan perbelanjaan kerajaan kerana wang tersebut merupakan simpanan pencarum KWSP.

Pada 10 November lalu, Najib ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat mengemukakan cadangan supaya meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan BN bersedia menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan berjumlah RM322.5 bilion secara bersyarat asalkan dua cadangan itu diterima.

One-off from Account 1 is what they need

BARISAN Nasional (BN) continues to urge the Federal government to accept the proposal of Pekan Member of Parliament Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak for the Employees Provident Fund (EPF) to approve a one-off withdrawal from Account 1 instead of in stages.
Its chairman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said, the withdrawal of one-off RM10,000 from Account 1 needs to be reconsidered before the 2021 Budget is approved because it is really needed by the people.
He said not only that, the Ministry of Finance needs to make some adjustments to ensure that the monthly payment of RM500 as announced earlier is converted to withdrawal at once.
UMNO and BN MPs agreed to support the request of the Chairman of the BN Government Supporters Club (BNBBC), Datuk Seri Najib on the withdrawal of RM10,000 from one EPF contributors’ account.
“The proposal should be accepted as the best recommendation because the average contributors are those with low incomes.
“If the payment is only RM500 a month, this does not meet their goal to pay the burden borne by them,” he told reporters after holding a Ziarah Kasih Program around the Bagan Datuk Parliament.
Also present at the program were Hutan Melintang State Assemblyman Datuk Khairuddin Tarmizi and Rungkup ADUN Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Zahid said giving the money does not involve government expenses because the money is the contributor’s savings.
On November 10, Najib, while debating the Supply (Budget) Bill 2021 in the Dewan Rakyat, submitted a proposal to approve the call for the implementation of a moratorium in bulk and a one-off withdrawal of RM10,000 from Account 1 of the EPF.
The former Prime Minister also stressed that BN is ready to support the 2021 Budget tabled amounting to RM322.5 billion conditionally as long as the two proposals are met.