Fokus PRU-15 Dengan Menguatkan Solidariti Sesama Kita – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan pentingnya untuk anggota parti fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan menguatkan solidariti.

“Tiada guna jika ada jawatan dalam parti kalau kita kalah dalam pilihan raya dan tiada kuasa. Fokus sepenuhnya kepada PRU-15 dan kuatkan solidariti sesama kita,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk telah menerima kunjungan pimpinan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.

“Saya amat berbesar hati dapat bersama UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan banyak perkara dapat dibincangkan demi memperkukuhkan parti dalam menghadapi PRU-15 akan datang,” katanya.

Dalam kunjungan Itu turut dihadiri, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Rozi Mamat bersama ahli-ahli jawatankuasa serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu. – UMNO Online

Strengthen solidarity for GE15, says Zahid

KUALA LUMPUR, Dec 24 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi stressed the importance of party members focusing on the 15th General Election (GE-15) by strengthening solidarity.
“It means nothing if we lose and having no power. Focus on GE-15 and strengthen solidarity among us,” he said.
Earlier, he who is also the Member of Parliament for Bagan Datuk received a visit from the Hulu Terengganu Division UMNO leadership at the UMNO Headquarters, today.
“I am very proud to be with UMNO Hulu Terengganu Division, many things can be discussed in order to strengthen the party in facing the next general election,” he said.
They were led by division head Datuk Rozi Mamat along with committee members as well as the Hulu Terengganu Division UMNO Women, Youth and Puteri Head.