Mesyuarat UMNO Bahagian: Beri Usul-usul Yang Baik Kepada Parti, Kerajaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada 1, 2 dan 3 Januari 2021 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat bersidang dan berharap agar perwakilan akan memberikan usul-usul yang baik kepada parti dan kerajaan.

“Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian empat peringkat iaitu Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 1, 2, 3 Januari 2021 boleh diadakan secara maya di kawasan PKPD, PKPB dan zon merah.

“Korum mesti minima ¼ daripada yang layak hadir. Mesti dicatat kehadiran. Diucap selamat bersidang dan beri usul-usul yang baik kepada parti dan kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pontian, kaedah mesyuarat perwakilan Bahagian UMNO secara maya itu boleh guna aplikasi seperti zoom, Webex, GoogleMeet dan lain-lain.

“Kepada yang bermesyuarat secara bersemuka, pastikan SOP tangani COVID-19 dipatuhi seperti pakai mask, periksa suhu, penjarakan dan separuh kapasiti dewan (contoh jika 300 penuh, boleh hanya 150),” terangnya lagi.

Dilaporkan, Mesyuarat Bahagian UMNO yang telah tertangguh ekoran penularan COVID-19 diputuskan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan diadakan pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad).

Ianya akan diadakan di PWTC dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya. – UMNO Online

Provide meetings with useful suggestions: Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, Dec 27 – The UMNO Supreme Council (MKT) has decided that the Divisional, Women, Youth and Puteri Delegates Meeting will be held on 1, 2 and 3 January 2021 (Friday, Saturday and Sunday).
In this regard, UMNO Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan congratulated them and hoped that the delegates would give good proposals to the party and the government. It will be held virtually during the Conditional Movement Control Order (CMCO).
“The quorum must be minimal ¼ from those who are eligible to attend. Attendance must be noted… congratulations. I hope they will give good suggestions to the party and the government,” he said in his Twitter , today.
Ahmad who is also the Member of Parliament for Pontian said, the online method can use applications such as  zoom, Webex, GoogleMeet  and others.
“For those who meet face to face, make sure the SOP is observed such as wearing a mask, checking the temperature and filling up only half the capacity of the hall (for example if 300 is full, only 150 can go in),” he explained.
It was reported that the Divisional Meeting which has been postponed due to the spread of COVID-19 was decided to be held simultaneously in 191 Divisions and will be officiated by the respective UMNO Division Heads. The same goes for the Women, Youth and Puteri General Assembly which will be held on 30 January 2021 (Saturday) and the UMNO General Assembly on 31 January 2021 (Sunday).
It will be held at PWTC with limited attendance and will also be made virtually.