Semangat Ahli UMNO Tidak Goyah… Kejujuran, Keikhlasan Asas Perjuangan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 4 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata politik sekarang ini sangat dinamik dan sering dilanda gelombang perubahan namun ia tidak menghakis semangat perjuangan ahli-ahli UMNO.

Jelas beliau, hal ini dapat dilihat pada mesyuarat perwakilan tahun lalu, UMNO masih berada sebagai pembangkang tetapi semangat ahli-ahlinya tidak goyah, malah lebih kental.

“Tiada peruntukan dari Ahli Parlimen, atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), juga kita tidak pernah gundah untuk meninggalkan UMNO. Malah tiada suatu cawangan pun yang terbubar. Syabas dan tahniah atas kecekalan ketua-ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan di akar umbi.

“Di peringkat bahagian juga, Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri tetap mendokong kepimpinan Bahagian. Semangat kita padu… tidak ada yang melangkah keluar gelanggang.

“Malah bahagian-bahagian di seluruh negara pun begitu. Biarpun pemimpin datang dan pergi bahagian tetap utuh. Di Sabah dari 25 bahagian, 22 Ketua Bahagian tidak punyai daya tahan dan mereka telah menyeberang namun tiga ketua bahagian tetap istiqamah, namun UMNO Sabah masih kekal utuh,” katanya lagi.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan bahawa ramai kepimpinan muda UMNO Sabah telah menggantikan pemimpin yang telah keluar parti.

“UMNO Sabah dapat melahirkan pemimpin-pemimpin baharu dan muda. Hasilnya UMNO Sabah menjadi sebahagian dari kerajaan negeri sekarang. Timbalan Ketua Menteri dan tiga menterinya dari UMNO,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk yang diadakan di Dewan Perdana, Kompleks UMNO Bagan Datuk, semalam.

Turut hadir kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Bagan Datuk serta kepimpinan empat peringkat.

Dalam pada itu, jelas Zahid lagi, walaupun UMNO hanya menjadi sebahagian kerajaan hari ini tetapi UMNO masih belum dominan dan seakan dianggap seperti melukut di tepi gantang.

“Kejujuran dan keikhlasan UMNO dianggap hanya sebagai pelengkap kerajaan yang berada di persada pemerintahan. UMNO diminta bersyukur dan berterima kasih kerana telah diajak untuk menyertai kerajaan.”

Persoalannya kata beliau, adakah dengan dokongan 43 ahli-ahli Parlimen ketika itü dan penyumbang terbesar dianggap hanya pelengkap?

“Siapakah yang harus bersyukur dan berterima kasih? Tidakkah mereka yang harus bersyukur dan berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO?

“Mengapakah 8,000 cawangan mahu ditubuhkan dalam tempoh yang singat? Dimanakah mereka mencari ahli? Mungkin ada yang dibeli dan ditawarkan dengan harga murah seperti penjualan barangan dapur ketika pesta jualan murah sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14?

“Murah sangatkah harga ahli-ahli UMNO seperti pesta jualan murah?” soalnya.

Kata Zahid, walaupun rakyat sedang susah tetapi ahli–ahli UMNO tidak semurah itu harganya.

“Ahli-ahli UMNO tetap berdaya tahan. Jika 22 bulan kita boleh bertahan… apa sangat untuk beberapa bulan mendatang.

“Apa makna kejujuran, bila telunjuk lurus kelingking berkait. Apa makna keikhlasan, jika di depan manis, di belakang racun berbisa sedang ditabur di pinggan nasi kita,” tegasnya lagi. – UMNO Online

Our spirit does not waver – Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, Jan 3 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the current politics is very dynamic and often observe a wave of change. However, it does not erode the spirit of UMNO members.
He explained that this can be seen at last year’s delegates’ meeting when UMNO was still an opposition.
In congratulating the successful meeting of the party’s 4-wing, the Bagan Datuk Member of Parliament said at the divisional, support for the party cannot be questioned.
“Even parts of the whole country are like that. Even if the leader comes and goes the part remains intact. In Sabah, out of 25 divisions, 22 Division Heads do not have resilience, they have crossed but three division heads remain steadfast, and Sabah UMNO remains intact,” he added.
Zahid explained that many young Sabah UMNO leaders have replaced leaders who have left the party.
“Sabah UMNO can produce new and young leaders. As a result, Sabah UMNO has become part of the current state government. Deputy Chief Minister and his three ministers are all from UMNO,” he said.
He said this at the Bagan Datuk Division UMNO delegates meeting held at the Dewan Perdana, Bagan Datuk today. Also present were the top leadership of UMNO Bagan Datuk Division as well as four-level leadership.
In the meantime, Zahid explained again although UMNO is only part of the government today but it is still not dominant and seems to be considered peeling on the edge of the trunk.
“UMNO’s honesty and sincerity is considered only as a complement to the government. UMNO is asked to be grateful and thankful for being invited to join the government. Who should be grateful and thankful instead? Aren’t they the ones who should be grateful and thankful to Barisan Nasional (BN) and UMNO?
“Why did they want to form 8,000 new branches in a short period? Where are they looking for members? Maybe some are bought and offered at cheap prices. Is the price of UMNO members really cheap like a cheap sales party?”
“UMNO members remain resilient. If we can survive the 22 months, what is another few months. What is the meaning of honesty without sincerity, and what is sincerity in relationship if there are still thorns spewed along our path,” he added.