Jangan Terkurang Hormat Kepada Institusi Presiden

SAYA telah melihat kemunculan budaya yang tidak sihat dalam UMNO kebelakangan ini dalam cara kita mendesak pengunduran Presiden parti.

Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan digunakan dalam desakan tersebut. Ini bukan budaya dan nilai UMNO. Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu.

Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kita kepada instiusi Presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tata susila sebaiknya.

Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana UMNO itu nilainya demokratik, tetapi janganlah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan UMNO.

Pepatah Melayu berpesan, “Menurut Biar Berakal, Menentang Biar Beradab”.

Saya menyeru untuk semua kita kembali kepada kesatuan dalam UMNO dengan saling mendamaikan antara satu sama lain.

Sedikit bibit perpecahan antara kita, akan memberi peluang kepada lawan kita untuk meretakkan UMNO dengan sebesar-besar keretakan dan perpecahan.

Jangan sesekali kita membuka ruang untuk persahabatan dan setiakawan dalam UMNO diadu dumba, sehingga kita menjadi berseteru antara satu sama lain.

Tiada siapa yang akan untung atas perpecahan UMNO dan tiada siapa juga yang akan menang. Sama lebur sama binasa.

Kekuathiran saya ialah akhirnya, yang akan menjadi korban ialah UMNO dan bangsa Melayu.

Justeru untuk kesekian kalinya saya titipkan hikmah Melayu yang berbunyi, …”antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang”…

Saya menyeru kita semua bangunkan era baru untuk UMNO dengan kesatuan dan muafakat. “Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”.

Era di mana perbezaan kita diuruskan dengan sopan, berhikmah dan melalui jalan yang disepakati.

Era di mana parti diperkuatkan dengan iltizam untuk memperjuangkan kepentingan Malaysia, Melayu, Islam dan Demokrasi sebagai keutamaan dalam semua yang utama.

Dan akhirnya, era di mana UMNO dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan.

Insha Allah….

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Don’t show disrespect for President

I HAVE seen the emergence of an unhealthy culture in UMNO lately, notably in urging the President to resign.
Various banners with obscene and impolite words were used. This is not UMNO’s culture and values. In fact, this is not the manner and moral of us as Muslims and Malays.
My advise is, never lose respect for the Presidential Institution, it must be treated positively. We can have different views, aspirations and image because UMNO has democratic values but do not lead it to disputes that eventually will divide UMNO.
I urge all of us to return to unity in UMNO by reconciling with each other. A small division between us will only provide opportunities to our opponents to crack UMNO further. Let the camaraderie not easy to challenge, stop being hostile to each other.
No one will benefit from the split of UMNO and no one will win. My greatest concern is, what will become of us in the end should this trend continues?
This is the moment we must find amicable solution to all differences, an era where the party is trying its best to reinforc the commitment for Malaysia, the Malays and Islam via democratic mean.
And finally, the era in which UMNO is recognised as a spokesman for the Malays and Malaysians since they already lose faith in the present government.
Insha Allah….

Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan
UMNO Deputy President