Tommy Thomas Cuba Rosakkan Keharmonian, Perlu Segera Tindakan Tegas

1.Wanita UMNO Malaysia mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang dilihat cuba merosakkan keharmonian negara Malaysia.

2. Justeru, Wanita UMNO Bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera terhadap isu ini.

3. Selain itu, Wanita UMNO juga mendesak pihak berkaitan dapat merampas buku penulisan Tommy yang bertajuk ‘My Story: Justice In The Wilderness’ kerana sekiranya buku ini tersebar, pasti ia boleh menimbulkan permusuhan antara masyarakat berbilang kaum.

4.Wanita UMNO sendiri telah meneliti kandungan buku buku tersebut dan ternyata ia mengandungi petikan-petikan yang berbaur hasutan dan boleh membawa kepada suatu kesalahan di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

5.Tindakan Tommy menerbitkan buku ini sekaligus memalukan malah menghina sistem perundangan negara. Sebagai seorang pengamal undang-undang yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara, seharusnya beliau sedar akan akta kerahsiaan dan sumpah janji yang telah dibuat.

KETUA WANITA UMNO MALAYSIA
DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD