Musuh Tak Serik Mahu Jatuhkan UMNO, Akar Umbi Tak Mudah ‘Diremote’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah suatu kerja yang mudah, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, sekiranya diimbau kembali ketika itu parti berada di dalam keadaan serba tidak kena kerana musuh menyerang dari serata penjuru untuk menjatuhkan parti keramat ini.

“Kiri kanan, depan belakang, atas bawah musuh tidak pernah berhenti cuba menyekat. Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan.

“Musuh tahu UMNO parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata pelbagai cara yang telah dilakukan kelompok ini untuk menambahkan titik hitam kepada UMNO namun ianya tidak menjadi akibat taatnya pemimpin dan ahli akar umbi kepada parti.

Bagaimanapun kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, musuh ini tidak pernah berputus asa malah melakukan pelbagai strategi untuk memastikan UMNO berada di dalam kawalan mereka.

“Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan UMNO ‘once and for all‘ sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya.

“Untuk itu UMNO mahu dalam kawalan mereka pula selepas riwayatnya tidak mampu ditamatkan,” ujarnya.

Kata Ahmad Zahid lagi, usaha itu termasuklah menggunakan individu yang kononnya berjuang berlandaskan kepada dasar penyatuan ummah.

“Andai berjaya, jenama UMNO boleh dipergunakan. Jutaan ahli UMNO boleh ‘diremote’ dan dikudakan. Tanpa cabaran pemimpin dan ahli UMNO, kedudukan dan kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin.

“Walaupun itu bermaksud kebajikan rakyat terabai, ekonomi merundum manakala demokrasi tercalar,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, akibat tidak akur kepada kehendak kelompok ini mengakibatkan segelintir pemimpin UMNO menjadi korban dengan pendakwaan di mahkamah.

“Sedangkan pemimpin UMNO ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO walau apa menimpa mereka.

“Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa di seberang jalan.

“Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak di belakang rumah,” katanya. – UMNO Online

Not easy to bring down UMNO, says Zahid

KUALA LUMPUR, March 8 – Effort to revive UMNO after going through a slalom in the last general election was never easy, party Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.
“To recall, the party was in a state of disarray at that particular time because the enemy attacked us from all angles to bring it down. They created lies and slanders to demonise us. However, UMNO has managed to bounce back,” he said in a FB posting today.
He said they resorted to many tactics that could tarnish UMNO’s reputation, including bad personal disposition on its leaders.
However, said the Barisan Nasional (BN) chairman the enemy has never given up and even used other strategies to ensure that UMNO is under their control.
“Because of that, they have been trying hard to destroy UMNO over the past two years. However, they were never successful due to party loyalists,”.
Zahid also said among others they ‘used’ Malays unity or ‘penyatuan ummah’ to gain support. If successful, they can ride on UMNO’s brand can. Millions of UMNO members can be ‘removed’ and kidnapped. Without the challenges of UMNO leaders and members, their position and power are more comfortable and secure.
“Even though that means the welfare of the people is neglected, the economy is collapsing while democracy is being tarnished,” he said.
The Member of Parliament for Bagan Datuk added that as a result of not complying with their request, some UMNO leaders became victims with their selective prosecutions.
“Why? Because the ‘court cluster’ leaders are the ones giving them many problems. If you want save your neck, you can join those who jumped ship seeking comfort and refuge on the other side.”