Wanita UMNO Gesa Kempen Kesedaran Dipergiat, Jenayah Babitkan Wanita Menakutkan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Wanita UMNO Malaysia merasa dukacita terhadap kes-kes jenayah membabitkan wanita yang berlaku baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata beliau kesal dan merasa amat sedih dengan kejadian tersebut yang berlaku dalam masa seminggu dan salah satu daripada kes tersebut dipercayai dilakukan oleh suami sendiri.

“Saya percaya sebenarnya terdapat banyak kes keganasan rumah tangga tetapi mangsa takut untuk melaporkannya.

“Usaha menangani insiden keganasan rumah tangga perlu dijalankan dengan mempergiatkan kempen kesedaran berkaitan akta berkaitan termasuk di media sosial.

“Kita harus sedar, keganasan yang tragis seperti memukul, tikam, jerut isteri contohnya bermula daripada perbuatan kecil atau yang berlaku sekali dua, tetapi kalau sudah berlarutan bagaimana?” katanya menerusi satu kenyataan media.

Beliau turut menggesa agar wanita yang berhadapan dengan kes seumpama ini untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Di Malaysia, keganasan rumah tangga merupakan satu jenayah di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Justeru, jangan sesekali kita berasa takut untuk membuat laporan sekiranya kita adalah mangsa keganasan rumah tangga,” tegasnya.

Baru-baru ini, seorang wanita maut selepas dipercayai ditembak suaminya secara dekat selepas berlaku perselisihan faham antara pasangan tersebut di Taman Saujana, Kota Tinggi.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang wanita yang bertugas sebagai Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia dikenali sebagai Nik Khatijah Nik Mud, dibunuh di sebuah rumah di Klang.- UMNO Online

Domestic crime is alarming – Noraini

KUALA LUMPUR, Mac 9 – Wanita UMNO is saddened with the increasing rate of domestic crime of late.

Its chief Datuk Dr Noraini Ahmad said she is tormented with the spate of cases that happened in a week, including one believed was carried out by her husband.

“I believe there are many other cases but the victims were afraid to report it. Efforts to contain domestic crime must be enhanced, including awareness campaign of its Act using the social media.

“We must realise that domestic crimes such as wife-bashing, suffocate and others will start off with petty matters that will soon escalate into serious ones. It may happen once or two but what if it escalate,” she said in a statement.

She urged those victims to come out and report such cases.

“In Malaysia, domestic crime comes under the Domestic Crime Act 1994.”

A woman was recently found dead believed to be shot by her husband following an argument in Taman Saujana, Kota Tinggi.

In another case, a woman working as a manager at Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, was found believed to be murdered in Klang.