Darurat Kekang COVID-19: Apa Pendapat Anda? #KerajaanBerjaya Atau #KerajaanGagal

KUALA LUMPUR, 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melontarkan pilihan kepada pelayar maya di Facebooknya sama ada kerajaan semasa berjaya atau gagal dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini dengan menggunakan Darurat.

Katanya, pada 11 Januari tahun ini satu pengisytiharan darurat telah diwartakan dengan matlamat menangani ancaman COVID-19.

“Selain adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Darurat tetap dilaksanakan sebagai langkah untuk membendung dan melandaikan kes positif COVID-19 harian.

“Namun, setelah empat bulan berlalu, apakah pandangan anda terhadap pentadbiran dan prestasi Kerajaan Perikatan Nasional dengan menggunakan Darurat sebagai kaedah dalam menangani pandemik COVID-19 kali ini,” katanya.

Tinjauan tersebut turut dipaparkan di laman Twitter peribadinya.

Dalam statusnya itu, Dr Asyraf turut memuat naik grafik yang memberi para pengunjung laman media sosialnya memilih antara A. #KerajaanBerjaya atau B. #KerajaanGagal.

Berdasarkan pemerhatian, jelas majoriti komen memilih B.

Untuk rekod, kes harian jangkitan COVID-19 masih di tahap empat angka dan tidak kurang dari dua ribu kes walaupun Darurat dilaksanakan di samping penguatkuasaan tidak boleh rentas negeri tanpa alasan kukuh. – UMNO ONLINE

Emergency for COVID-19: Failure or success?

KUALA LUMPUR, Apr 21 – Youth chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki has put up a poll on his Facebook virtual browser  for readers to vote as to whether the government succeeds or fails in curbing the spread of COVID-19 by using the Emergency Ordinance proclaimed on January 11.
Apart from the Movement Control Order (PKP), the Emergency will only end on August 1 and used as a measure to contain daily COVID-19 positive cases.
“However, after four months, what is your view on the Perikatan Nasional using the Emergency for COVID-19 pandemic,” he said.
The survey was also posted on his Twitter.
In his status, Dr Asyraf uploaded a graphic that gave visitors to his social with options to choose between A. #KerajaanBerjaya or B. #KerajaanGagal.
Based on observations, it is clear the majority of comments have chosen B.
For the record, daily cases of COVID-19 infection was still at the four-digit level and no less than two thousand cases were reported during the Emergency.