Organ Demokrasi Digantung Tidak Akan Mudahkan Proses Perangi COVID-19, Pulihkan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 27 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekali pun sangat menghargai segala usaha oleh pihak kerajaan, keadaan yang menyaksikan institusi dan organ demokrasi digantung iaitu ketiadaan sidang Parlimen tidak akan memudahkan pun proses untuk memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Ujarnya, negara telah berjaya mengekang wabak ini sebelum ini sekali pun tanpa pengisytiharan darurat.

“Yang lebih ralat, sekali pun selepas diisytiharkan darurat, kita tidak pula menyaksikan sebarang perbezaan dari segi keberkesanan strategi mahupun keputusan kerajaan.

“Jadi, bukankah lebih baik jika segala dasar dan keputusan tersebut dibahas dan dibincangkan dengan telus dan konstruktif dalam Parlimen dan tidak dibiarkan untuk diputuskan oleh Perdana Menteri secara mutlak sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulasnya, berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sekali lagi menuntut supaya Parlimen bersidang, UMNO berpendapat apabila Parlimen tidak bersidang dan kerajaan pula mempunyai kuasa mutlak, akan berlakulah 2 kebimbangan:

“Pertama, tidak wujud akauntabiliti terhadap tindakan kerajaan kerana tiada proses semak dan imbang. Apabila pelbagai institusi serta organ demokrasi digantung, wujud kecenderungan dan kecuaian kerajaan dalam membuat pelbagai keputusan yang tidak perlu, yang dialas dengan alasan darurat dan usaha membendung pandemik.

“Kedua, segala tindakan dan langkah pemulihan yang diambil akan hanya bersifat top-to-bottom, yakni sehala dari kerajaan kepada rakyat. Bukan bersifat pelbagai sudut dari semua pihak,” tegasnya.

Jelasnya juga, UMNO akan terus bekerjasama memastikan sebarang usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan ekonomi berjalan lancar dan berjaya.

“Kami sedar, kita mesti menang.

“Tetapi, pada masa yang sama, UMNO juga tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan peranannya memastikan kerajaan mempunyai instrumen semak dan imbang dan demokrasi negara kita dijaga dengan sewajarnya,” katanya. – UMNO ONLINE

Absence of democracy not good for economy and fighting pandemic

KUALA LUMPUR, Apr 27 – Vice-president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said although the government deserves some pats on the back , the absence of Parliament sitting is not helping them contain the Covid-19 pandemic and revive the economy.

In fact, he said the country has managed to ease the threat of the pandemic without emergency.

“Most intriguing is, we don’t see any improvement to it under the emergency.

“So, it is proper that the decision is brought to the Parliament for debate and not comes under jurisdiction of the prime minister alone,” he said in a Facebook posting.

On UMNO’s Supreme Council demand for the Parliament session resume, he said the absence of such a session might lead to two major things, namely:

“Firstly, no accountability to government action since there is no check and balance. When various institutions and the democracy organ are suspended, the government can do whatever they like to their whim and fancy by riding on the emergency.

“Secondly, whatever decisions made will be a one way street and not referred to all parties,” he said.

UMNO, he said will continue with any effort to fight the pandemic and reviving the economy.

“We must excel. At the same time, UMNO will not renegade on the responsibility to ensure the government is on the right check and balance as this is true democracy for the country.”