Jangan Putus Asa, Bersama Terus Lipat Ganda Usaha Lawan COVID-19

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada semua termasuk dirinya sendiri jangan sesekali berasa berputus asa dan mesti terus lipat gandakan usaha melawan pandemik COVID-19 sedaya upaya.

Beliau tahu rakyat kian kepenatan dan kebosanan, pernah berkorban banyak perkara serta majoriti rakyat telah berusaha sehabis baik mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama 18 Mac tahun lalu.

“Namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda pemulihan, malah keadaan tambah memburuk. Seperti anda, saya juga berasa kecewa apabila mengingati segala pengorbanan itu.

“Ada rakyat kehilangan pekerjaan, perniagaan merosot, anak-anak lama tidak bersekolah. Dalam keterpaksaan kita berharapkan penghasilan yang berbaloi pada ‘hari esok’.

“Namun realiti pada hari ini lebih 2,000/3,000 kes jangkitan sehari Covid-19 di Malaysia. Ordinan Darurat juga tampak tidak memberi impak dalam menangani penularan wabak,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau pula sebagai wakil rakyat berasa kesal tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawab di Parlimen.

“Untuk menggembleng idea bersama Ahli Parlimen lain mencari jalan keluar buat rakyat dan negara.

“Walau apa pun kita belajar daripada kekurangan sebelum ini dan terus maju melawan pandemik.

“Kuatkan semangat. Terus berdoa memohon ke hadrat Ilahi agar terlepas marabahaya ini. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE

Don’t give up the fight against Covid-19

KUALA LUMPUR, May 4 – UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi urged Malaysians not to lose hope in their fight against Covid-19.

He was aware of the agony and sacrifices in attending to the pandemic ever since the first Movement Control Order (MCO was enforced on March 18 last year.

“No improvement as at today, in fact it worsen. I am equally frustrated.”

“There are people who lost their jobs, businesses going down, children staying away from school for a long time and many other predicaments. We still hope for a better tomorrow although sucked into this difficulty.

“However, in reality there are between 2,000 and 3,000 new infection daily in the country. The Emergency Ordinance seems to have failed in containing it,” he said in a Facebook posting today.

The Bagan Datuk Member of Parliament said he is also restricted from expediting the duty as a Parliamentarian.

“We, the elected reps have to find other avenues to help out the nation and its people. Whatever the difficulties are, be strong and keep praying,” he said.