Yang Pelik Adalah Menggalakkan Lompat Parti

KETUA Penerangan PPBM menyerang Tan Sri Hamid Bador – menganggap gesaan bekas Ketua Polis Negara itu agar SPRM menyiasat budaya Ahli Parlimen melompat parti sebagai sesuatu yang pelik.

Bukan hanya Tan Sri Hamid yang musykil ada unsur rasuah apabila begitu ramai Ahli Yang Berhormat berhijrah semenjak PRU14. Ramai pihak lain terutamanya rakyat menolak budaya katak berleluasa.

Jadi yang pelik bukannya kenyataan sewaktu sidang media Tan Sri Hamid. Itu tidak pelik. Gesaan ramai pemimpin UMNO untuk diadakan siasatan terhadap dakwaan Tan Sri Hamid itu juga tidak pelik.

Yang pelik adalah apabila suatu parti pemerintah mengatakan lompat parti adalah hak Ahli Parlimen yang tak patut menjadi isu.

Saya petik kata-kata Ketua Penerangan PPBM dalam Utusan Online

“Masa mula-mula ambil alih tanggungjawab beliau sendiri melompat daripada Cawangan Khas dan terus menjadi Ketua Polis Negara. Selain itu, kejadian melompat parti ini paling banyak berlaku semasa beliau bertugas di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dulu.

“Jadi kenapa baru nak timbulkan isu ini sekarang? Bagi saya, ini hak ahli Parlimen atau wakil rakyat untuk memainkan peranan dengan cara terbaik di bawah parti mana sekali pun dan perkara itu tidak seharusnya menjadi isu,” katanya.

1. Menyamakan peralihan jawatan dari Cawangan Khas ke Ketua Polis Negara dengan tindakan lompat parti Ahli Parlimen yang dipilih rakyat? Suatu analogi yang tak masuk akal. Saya tak rasa perlu diterangkan sebab memang tak masuk akal YB lompat parti dihalalkan dengan alasan penjawat awam pun ada yang pindah jabatan atau naik pangkat. Jangan esok guna alasan: rakyat pun tukar kerjaya – dulu kerja pejabat hari ini berniaga kedai makan, jadi lompat parti ini OK. Bertuah…

2. Soal bila Tan Sri Hamid timbulkan persoalan: semalam, esok, bulan depan, tahun depan – itu soal kedua. Siasat dulu dakwaannya, bukan persoal motif sebagai alasan mengalih perhatian. Rakyat boleh menilai sendiri motif Tan Sri Hamid, tapi ia tidak mengurangkan seriusnya dakwaan beliau.

Kalau hendak persoal motif, elok juga persoal motif figura PPBM dahulu mendukung Tun Mahathir. Sekarang orang sama juga menunding jari ke Tun Mahathir sebagai PM yang memperlihat banyak episod lompat parti.

3. Sama ada sengaja atau tidak, Ketua Penerangan PPBM seakan mengaku banyak lompat parti berlaku di bawah PM7 dan PM8. Mungkin sebab itu beliau terpanggil menyerang Tan Sri Hamid, kerana bekas KPN itu secara tidak langsung mengingatkan rakyat parti mana yang paling mengaut untung hasil pesta melompat parti besar-besaran 3 tahun kebelakangan ini.

4. Soal lompat parti adalah hak Ahli Parlimen – ya pada ketika ini mengikut undang-undang ia bukan jenayah mutlak. Tapi jika ada unsur rasuah, unsur ugutan – adakah ia menjadi hak dan halal lagi? Jika mempermain mandat rakyat, mempermain jentera parti yang memenangkan calon-calon itu, adakah ia menjadi hak dan halal lagi? Tepuk dada tanya selera.


Shahril Hamdan

Encouraging party hopping is really strange

PPBM Information Chief strayed bullets against Tan Sri Hamid Bador, slamming the former IGP remarks for the MACC to investigate party hopping among Members of Parliament as rather strange.

It was not only Hamid who raised concern about the possibility of graft involved in the party hopping that got rampant since the last general election but other parties also shared the sentiment.

Hamid’s statement during his media conference was not something weird. Nothing weird at all. Not also strange when some UMNO leaders demanded a probe to the issue.

What’s actually strange is when a ruling party said party hopping is the personal right of the MPs and it shouldn’t be made an issue.

I quote some exceprts of what the PPBM’s Information chief had said to Utusan Online.

“When he first tookover the job, he himself leapfrog from the Special Branch to become the Inspector-General of Police. The party hopping incident happened most when he was working under Tun Dr. Mahathir Mohamad as the former Prime Minister. So, why are you raising this issue now? For me, this is the right of MPs or elected representatives to expedite their duty in the best way under any party, and that should not be an issue.”

1. He was equating Hamid’s transfer of office from Special Branch to the Inspector General of Police with the party hopping by elected representatives? That’s a crap analogy. I don’t think it needs to be explained why a rep is not allowed to jump ship just because some civil servants moved departments or been promoted. Don’t use absurdity by saying that the people also change careers.
2 It was good that Tan Sri Hamid raised the question. Investigate the allegations first whatever his motive was to divert public attention. The people can judge what Hamid said. The gravity of his allegation was serious and I believe it will not fizzle out in short time.
3. Whether intentionally or not, the PPBM Information Chief seems to admit that many hoppings took place under PM7 and PM8. Perhaps that is why he was ‘directed’ to attack Tan Sri Hamid because the former IGP indirectly reminded the people of which party has benefited the most from the massive party hopping over the last 3 years.
4. Maybe party hopping is the right of MPs. As at now, it is not a crime. But if there was elements of corruption and intimidation – is it right? Can we accept them toying around with the mandate given by the voters? Ask yourself.