Jubli Intan UMNO: Kredibiliti Terbukti… Terus Berjuang Untuk Negara – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 6 Mei – UMNO membuktikan kredibilitinya yang tersendiri dalam memperjuangkan nasib rakyat sehingga ke-75 tahun penubuhannya, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut beliau, ini membuktikan UMNO masih lagi kekal utuh berdasarkan kekuatan daripada ahli-ahli akar umbi yang sentiasa mendukung prinsip perjuangan parti keramat ini.

“Saya yakin UMNO akan lebih kuat, lebih bersemangat dan juga kepimpinan dan penyokong-penyokong akan berada pada landasan yang betul kerana parti akan menyambut Jubli Intan ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan selamat ulang tahun UMNO, tak banyak parti di dunia ini sebenarnya yang boleh bertahan dalam seusia 75 tahun sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada perjuangan agama, bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, sempena menjelangnya hari raya Aidilfitri, ahli Parlimen Padang Terap itu juga berharap agar Aidilfitri memberikan signifikan yang tersendiri biarpun wabak pandemik COVID-19 belum berakhir.

“Saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin serta kita berharap bahawa Aidilfitri ini kita dapat sambut dengan baik.

“Mudah-mudahan pandemik COVID yang kita hadapi ini akan berkurangan dan insya-Allah ekonomi negara akan bertambah baik dan membolehkan rakyat hidup lebih sejahtera,” katanya lagi. – UMNO Online

UMNO is for the country – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, May 6 – UMNO has proven its credibility in championing the people and country since it was formed 75 years ago, said vice-president Datuk Seri Mahdzir Khalid.

He said this demonstrates how the party remains strong with members strongly uphold its principles.

“I am sure the party will get stronger than before as members and leadership move together steering it on the right track. we will celebrate its diamond jubilee.

“I would like to take this opportunity to wish UMNO a happy anniversary. Not many parties in the world can sustain that 75 years existence,” he said

The Padang Terap Member of Parliament also hoped the coming Aidilfitri celebration will be held moderately amid Covid-19 pandemic.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri to all of you,” he said.