PBB Guna Kuasa Veto, Zionis Pula Makin Biadab ‘Play Victim’

Allahuakbar.

Tentera dan rejim Zionis amat biadap. Mereka melampaui batas, takbur, bongkak dan terus menganiaya umat Islam di Gaza dan Palestin.

Mereka lupa janji Allah SWT adalah benar. Semoga Allah SWT memberikan seteruk-teruk balasan kepada pengganas Zionis yang membunuh umat Islam.

Saudara seagama kita di Gaza bermandikan darah. Semoga Allah SWT menerima para syuhada ini dan memasukkan mereka ke dalam syurga tempat setinggi-tingginya. Mereka mempertahankan tanah air dan Masjid al-Aqsa, masjid ketiga tersuci umat Islam.

Terima kasih saudara di Gaza. Ketika kami di Malaysia hidup dalam keadaan baik, para pejuang di sana mempertahankan maruah Islam. Saya seru kepada umat Islam di Malaysia teruskan berdoa, solat hajat dan bermunajat kepada Allah SWT agar agama suci ini dipertahankan di Palestin, terutamanya di Gaza.

Dan harapan saya agar pejuang Pedang Al-Quds meneruskan kemaraan. Malaysia dan UMNO akan terus menyuarakan sokongan. Saya juga menyeru seluruh Muslimin dan Muslimat menyalurkan bantuan semampu yang boleh.

Apa lagi yang boleh diperkatakan tentang Yahudi dan Zionis ini. Mereka akan sesat selama-lamanya sehingga Allah melaknat mereka. Masjid al-Aqsa milik umat Islam. Tanah ini tempat lahirnya para Nabi dan aniya. Walaupun dunia Barat menganggap Al Qassam dan Hamas pengganas, tetapi di mata kita mereka adalah syahid. Mereka pejuang. Pejuang agama kita. Saya doakan kebangkitan intifada.

Zionis dan rakyatnya ‘play as victim’. Tentera mereka yang memulakan serangan. Mereka menghalang umat Islam ke masjid. Mereka mengusir warga Palestin dari penempatan Sheikh Jarrah di Timur Baitulmaqdis. Mereka mencederakan dengan senjata dan bom.

Dan kini mereka melakukan pengeboman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Di Khan Yunis, Neblus, Beit El, Dar Salah, Qafin, Betlam, Kafr Qadin, Ufra, Azzun, Qawrah beserta kawasan lain. Setakat ini Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan 139 angka korban, mereka syahid di sisi Allah SWT. Lebih 1,000 penduduk cedera dan 750 yang lain diberkas polis Israel.

Isu Palestin menjangkaui isu negara dan agama. Ia berkait isu kemanusiaan sejagat. Media Israel melaporkan setakat ini kerajaan mereka sudah melancarkan lebih 2,127 roket sejak perbalahan berlaku. Serangan di bulan Ramadan adalah serangan berulang kali. Subhanallah, Allahuakbar.

Saya pelik ketika kejadian ini lebih seminggu berlaku, PBB baru mahu mengadakan perbincangan secara maya. Mereka menangguhkan mesyuarat dan menggunakan kuasa veto. Seperti biasa adakah mereka mahu melihat lebih ramai rakyat Palestin meninggal dunia. Atau ketika para pejuang al-Qassam hampir menang, barulah mereka mahu mengusulkan gencatan senjata?

Negara haram Israel mencabuli undang-undang antarabangsa. Mereka menyasarkan orang awam, membunuh kanak-kanak dan wanita. Mereka tidak mempedulikan dunia.
Saya ada sesuatu untuk diperkatakan. Berhati-hati dengan Israel dan sekutu kerana mereka amat mahir dengan ‘reverse psychology’. Umat Islam di Malaysia amat bersimpati dengan nasib menimpa umat Islam di Gaza. Kita melahirkan rasa sedih dan akan memberikan bantuan.

Jangan dilupai serangan ke atas Gaza serangan berulang. Dalam konflik yang berlaku, mungkin ada sesuatu yang cuba dilakukan untuk mengalihkan pandangan. Ketika mata, fokus dan kemarahan memuncak di sana, kita juga harus menjaga akidah kita di sini. Kita juga mesti menjaga negara dan umat Islam di Malaysia.

Saya khuatir ciptaan serangan ini akan dijadikan alasan bagi Israel mencapai aspirasi mereka. Atau mahu terus mengishtiharkan Jurusalem sebagai ibu negara mereka. Untuk mewujudkan Islamophobia seterusnya. Kita perlu tahu bahawa Zionis itu licik.

Sepanjang pentadbiran UMNO dulu kini dan selamanya, parti ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan Hamas. Semoga kemenangan milik kita. Percaya kepada Allah SWT. Kebenaran akan terbukti.

DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PRESIDEN

Veto at UN leads to Zionist brutality

THE Zionist regime is very rude, arrogant and conceited in its atrocity towards the Muslims in Palestine, notably Gaza. They forgot that Allah promise is true. May The Almighty give the worst retribution to them.
Our fellow believers in Gaza are in a pool of blood. May Allah accept the martyrs and admit them to heaven for defending their homeland and the Al-Aqsa Mosque, the third holiest mosque for Muslims.
Thank you brothers in Gaza. While we in Malaysia live in good conditions, they are defending the dignity of Islam. I call on Muslims in Malaysia continue to pray for them. And my hope is for the fighters of the Sword of Al-Quds continue to advance.
Malaysia and UMNO will continue to avow our support. I also call on all Muslims to channel as much assistance as possible to them.
What more can be said about these Jews and Zionists. They will go astray forever until God curses them. Al-Aqsa Mosque belongs to Muslims. This land is the birthplace of the Prophets and ‘aniya’. Although the Western world considers Al Qassam and Hamas terrorists but they are martyrs in our eyes. They are true fighters. I pray for the resurrection of the intifada.
Zionists always play victim as license to attack the Palestinians. They prevent Muslims from going to the mosque. They expelled Palestinians from Sheikh Jarrah’s settlement in East Jerusalem in caused casualties with guns and bombs.
And now they are carrying out bombings in the West Bank and Gaza Strip. In Khan Yunis, Neblus, Beit El, Dar Salah, Qafin, Betlam, Kafr Qadin, Ufra, Azzun, Qawrah and other areas. So far the Palestinian Ministry of Health has announced 139 casualties, martyrs in the sight of Allah. More than 1,000 residents were injured and 750 others were arrested by Israeli police.
The Palestinian issue goes beyond the issue of state and religion. It deals with universal humanitarian issues. Israeli media reported that so far their government has fired more than 2,127 rockets since the conflict. The attacks in Ramadan are repeated attacks. Subhanallah, Allahu akbar.
It is weird when this incident happened more than a week ago, the UN wanted to have a virtual discussion. They adjourned the meeting and used veto power. As usual, their action is akin to wanting to see more Palestinians die. Or when the al-Qassam fighters are about to win, only then will they propose a ceasefire?
The illegal state of Israel violates international law. They targeted civilians, killing children and women. They don’t care about the world.
I have something to say. Beware of Israel and its allies as they are very adept at ‘reverse psychology’. Muslims in Malaysia are very sympathetic to the plight of Muslims in Gaza. We will continue providing whatever assistance to them.
Don’t forget the attacks on Gaza are recurrence. In such a conflict, some parties will try to divert attention. While international wrath rises, do remember that we must also take care of the country and the Muslims in Malaysia.
I fear this attack will be used as an excuse for Israel to achieve their aspirations on the pretext of wanting to continuously declare Jerusalem as their capital, thus creating the next Islamophobia. Bear in mind that the Zionists are cunning.
UMNO is with the Palestinians and Hamas. May victory be ours. Believe in Allah SWT. The truth will prevail.
DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
PRESIDENT