‘Total Lockdown’: Puteri UMNO Cadang Bantuan Dari Kerajaan Demi Kurangkan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kerajaan akan mengadakan lockdown mulai Jun 1 demi untuk menjaga nyawa rakyat yang rata-rata dipersetujui ramai.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yakin akan ada pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan, termasuk senarai bantuan-bantuan dalam sedikit masa lagi.

Ini kerana katanya, terlalu banyak bantuan-bantuan yang rakyat perlukan daripada kerajaan sekarang ini yang harus kerajaan fikirkan.

“Ini adalah tempoh masa terlalu sukar buat rakyat, berikanlah apa yang patut agar kelestarian kehidupan rakyat terbela.

“Bukan sahaja rakyat perlu hidup, tapi kehidupan mereka harus disantuni dengan baik. Kita semua rakyat negara ini, maka harus juga difikirkan hidup rakyat ketika lockdown dan juga kehidupan mereka selepas tempoh ini,” katanya dalam kenyataan mengenai isu terbabit.

Atas kesempatan ini, beliau mencadangkan beberapa langkah dan bantuan yang perlu kerajaan pertimbangkan bagi mengurangkan beban rakyat sewaktu lockdown dan impak ekonomi selepas itu. Ia adalah:

1. Moratorium perlu di beri dengan kadar segera untuk tempoh 6 bulan akan datang secara total untuk semua.

2. Bantuan kewangan seperti BPN dan BPR perlu diumumkan dengan kadar segera .

3. Para NGO dan badan badan amal perlu diberi peluang untuk mengagihkan food package dengan kadar segera.

4. Kerajaan perlu merekrut lebih ramai staff sukarelawan bagi membantu tugas tugas non medical di pusat pusat vaksin, bagi mengurangkan beban KKM.

5. Syabas buat Datuk Dr Syamsul, Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang pertama mengumumkan tiada pemotongan eletrik dalam masa lockdown ini. Tapi bagaimana dengan pemotongan air? Nampak mereka masih aktif membuat pemotongan air kerana bil tertunggak. Mohon syarikat syarikat air beri kelonggaran dan tunggulah selepas lockdown nanti.

6. Merayu agar pengeluaran KWSP yang banyak kali disyorkan secara total juga di buat untuk semua.

7. Untuk mengelakkan pembuangan pekerja-pekerja, disyorkan bantuan subsidi kepada majikan-majikan yang terlibat diaktifkan semula. – UMNO Online