Apa Tujuan Cipta Surat Palsu…? – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Apakah tujuan seorang atau sesuatu kumpulan mencipta berita atau cerita atau surat palsu atau fake news?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ekoran tularnya surat berhubung pelucutan keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada parti, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa hari ini tiada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malah tidak pernah dijadualkan pun ada mesyuarat itu hari ini.

“Tiadalah sebarang kenyataan mengenai apa-apa juga isu selain kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian melalui ciapan dalam laman Twitternya berkaitan hal terbabit.

“Melaga-lagakan, inginkan perhatian, inginkan simpati, tak ada kerja lain, stress masa PKP, saja-saja, suka-suka, tak takut dosa, gila-gila agaknya atau sebab-sebab yang lain,” katanya yang memberikan senarai antara tujuan surat tersebut dicipta.

Terdahulu, telah tular surat pada petang ini yang mendakwa Hishammuddin yang juga Menteri Luar telah dilucutkan keahlian UMNO serta merta.

Dalam surat yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid, Hishammuddin didakwa telah melanggar fasal 20.8 (a), (b), dan (g) dalam Perlembagaan UMNO. – UMNO Online

What’s your intention producing fake letters?

KUALA LUMPUR, June 11 – What is your intention of producing fake news and letters?

Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan questions those who propagated the lies, notably the letter which says Sembrong Member of Parliament Datuk Seri Hishammuddin Hussein has been expelled from the party.

“Weird. There was no such Supreme Council meeting today, not even in our schedule. No other statement whatsoever was issued on this matter, except on the president’s audience with the King,” the Pontian MP said in his Twitter.

“They simply want to run a wedge and draw sympathy.

“Maybe they have nothing to do during this lockdown, stress, not afraid of being sinful, going bananas of something else,” he said.

The fake letter purportedly signed by Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mentioned how Foreign Minister Hishammuddin was sacked by Umno for contravening Article 20.8 (a), (b), and (g) of the party Constitution.