UMNO ‘Sokong’ PH?… Tidak Timbul Soal Sokong Parti Lain Kerana Pendirian Sama – Shahril

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, dalam masa 24 jam pelbagai poster palsu dikeluarkan yang menyentuh kepentingan UMNO.

Ujarnya, petang ini, tajuk berita arus perdana pula tampak mengelirukan dan mensensasikan situasi.

“Tajuk ‘UMNO Sokong PH’ dipilih semata-mata kerana UMNO tidak menyokong cadangan penubuhan MAGERAN.

“Saya fikir banyak juga pihak tidak selesa dengan cadangan MAGERAN. Dikalangan yang tidak sokong UMNO pun barangkali tidak berapa setuju dengan langkah drastik itu,” katanya dalam kenyataan pendek yang disiarkan menerusi laman facebooknya.

Maka ujarnya, untuk jelas, tidak timbul soal satu parti sokong parti lain semata-mata sebab berpendirian serupa dalam sesebuah isu khusus.

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan tajuk yang mengelirukan ekoran pendirian UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang menolak penubuhan MAGERAN selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – UMNO Online

Same wavelength doesn’t mean we support PH

KUALA LUMPUR, June 11 – Information Chief Shahril Hamdan said many fake posters and infographics demeaning Umno were produced in the last 24 hours.

Even some mainstream media headlines were also deceiving and sensationalised.

“The headline ‘Umno sokong PH’ (Umno supports PH) was deliberately chosen because our stance not to support MAGERAN.

“I believe many out there are not comfortable with MAGERAN, including among those not supporting Umno,” he said briefly in a Facebook posting.

“This doesn’t mean that the parties speaking the same note support each other. It’s absurd.”

Earlier, a media report carried a deceiving headline over a statement by Umno President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi that the party oppose any move to reintroduce MAGERAN.

He said that after an audience with the Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.