UMNO Tegas Pendirian Tolak Anwar Ibrahim Sebagai PM Dan Kerajaan ditunjangi DAP-PH

KUALA LUMPUR, 8 Julai – UMNO sekali lagi menegaskan pendirian untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government).

Hal tersebut dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan bahawa keputusan ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020.

“Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government),” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam satu sidang media yang dilaksanakan secara maya selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

MKT UMNO kali ini dilaksanakan secara maya bermula 8.30 malam berikutan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.

Dilaporkan, sebelum ini UMNO beberapa kali dikaitkan dengan jajaran kerjasama baharu bersama Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) sehinggakan pelbagai cerita, poster dan surat tular dalam media sosial. – UMNO Online

No Anwar, No DAP-PH stays

KUALA LUMPUR, July 8 – Umno has once again reiterated its stand not to support Anwar Ibrahim as a Prime Minister and let alone a DAP-PH led government.


This assertion was made by its president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi who cited the decision made during the 2020 General Assembly.

“The Supreme Council (MKT) meeting tonight once again reaffirmed the decision reached at the 2020 General Assembly as not to support any move to make Datuk Seri Anwar Ibrahim as the premier or any DAP-PH led government.”

The BN chairman said this in a virtual press conference after the MKT meeting, also conducted virtually starting at 8.30PM due to the ongoing MCO.

Umno had previously fell under unscroupulous disposition on the social media for purportedly trying to form a new coalition with Pakatan Harapan components namely PKR, DAP and Amanah.