UMNO Bawa Cadangan Demi Rakyat… Harap Kerajaan Bentang PPN Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Parlimen untuk dibahaskan demi kepentingan rakyat.

Katanya, UMNO telah menyampaikan 55 cadangan yang antaranya membuka sidang Parlimen secara bersemuka dan membahaskan Ordinan Darurat.
“UMNO juga mencadangkan segerakan vaksinasi imuniti kelompok seawal bulan Okt, mudahkan bantuan KWSP, moratorium, BPR, potongan cukai selain bantu PdPR dengan baiki capaian internet di samping tambah bantuan tunai dan bantu ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam ciapan di Twitternya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan, hari ini.

Sebelum itu beliau menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberikan kepercayaan untuk menyampaikan cadangan terbabit bagi mewakili parti.

Turut bersama dalam pertemuan ini ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga menyampaikan 10 tuntutan rakyat yang merupakan rumusan isu-isu utama termasuk tambahbaik pakej bantuan i-Citra, Moratarium, LPPSA, BPR.

Kata Dr Asyraf Wajdi, Pemuda UMNO rumuskan hasil maklum balas ribuan komentar dan mesej-mesej peribadi yang telah diterima termasuk Hotline Pemuda UMNO. – UMNO Online

Umno takes people’s interest to Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, July 14 – Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan hopes the Perikatan Nasional (PN) government will table the National Recovery Plan (PPN) for debates at the Parliament.

He said Umno has given them 55 suggestions, among which are to conduct the Parliament session face-to-face and put the Emergency Ordinance for debate.

“We also proposed for speeding up the herd community vaccination as early as October, simplify the EPF withdrawals, moratorium, BPR, tax reduction, assist PdPR learning with better internet connectivity and cash assistance to help the people.”

The Pontian Member of Parliament outlined this in his Twitter after a meeting Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz at the ministry, today.

He earlier expressed his appreciation to party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi for entrusting him to deliver the set of suggestions to the government.

Also present during the meeting was Youth Chief Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki who also delivered 10 demands t0 facilitate the people on i-Citra, Moratarium, LPPSA and BPR.