Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ Diyakini Menstabilkan Politik Negara – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat diyakini menstabilkan politik negara seperti mana yang diharapkan oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas ucapan sulung yang menyeluruh dan penuh keikhlasan.

“Sebagai satu keluarga, kita semua harus bersama-sama berganding bahu mendepani pandemik COVID-19 dan berusaha memacu semula ekonomi Negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berharap agar semua pihak sama-sama berdoa semoga pandemik ini segera berakhir dan dapat menikmati kehidupan seperti biasa. – UMNO Online