Persidangan Cawangan UMNO Bermula… Harap Lancar, Patuh SOP Ditetapkan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Persidangan Cawangan UMNO bermula hari ini sehingga 30 November depan melibatkan 191 bahagian.

Ujarnya, perkara terbabit Dalam masa yang sama, jelasnya, MKT juga memaklumkan bahawa persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di 191 Bahagian

“Mulai 15 Oktober 2021 hingga 30 November 2021 Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di 191 Bahagian.

“Adalah diharapkan agar mesyuarat Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mengikuti SOP MKN dan KKM.

“MKT turut menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas siasatan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib; semakan semula berkenaan kes Pulau Batu Puteh dan siasatan mengenai dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tommy Thomas,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat MKT UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato’ Onn, malam tadi.

Dilaporkan, dalam mesyuarat MKT lalu ditetapkan bahawa tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO dilaksana bagi tahun 2021 bermula 15 Okt dengan tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah bersetuju mengenai penangguhan Pemilihan Parti UMNO sehingga 29 Disember 2022.

Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing dengan kehadiran mesyuarat adalah secara korum minima ¼ daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada ¼ asalkan mengikut SOP yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing.

Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 adalah seperti berikut:-

i) Persidangan UMNO Cawangan
15 Oktober – 30 November 2021

ii) Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian – Diadakan Serentak Seluruh Negara
11 Disember dan 12 Disember 2021 (Sabtu & Ahad)

iii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Diadakan Serentak Seluruh Negara
18 Disember 2021 (Sabtu)

iv) Perhimpunan Agung UMNO 2021
13-15 Januari 2022 (Khamis – Sabtu) – UMNO Online