Pengundi Diseru Pilih BN Demi Kestabilan Dan Kemakmuran Buat Rakyat, Negara

MELAKA, 16 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada seramai 11,557 pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Harapnya yang juga Pengerusi BN agar para pengundi akan memilih parti tersebut demi kestabilan dan kemakmuran buat rakyat dan negara.

“Selamat mengundi kepada yang layak mengundi di 24 pusat mengundi hari ini. Harapan BN kepada mereka pada hari ini cuma satu iaitu undilah demi sebuah kestabilan dan kemakmuran buat rakyat dan negara ini.

“Semoga undi anda kali ini membawa sesuatu yang sangat besar maknanya kepada rakyat dan negara kita Malaysia. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid turut berpesan agar sentiasa menjaga diri ekoran COVID-19 masih menular.

“Sentiasalah menjaga diri ketika mengundi dengan mematuhi Garis Panduan Pencegahan COVID-19 demi keselamatan diri,” katanya lagi.

Dilaporkan, proses pengundian awal PRN Melaka bermula 8 pagi ini di 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri sehingga 5.30 petang melibatkan anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pusat Pengundian Awal termasuklah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak I dan II, Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin selain beberapa balai polis. – UMNO Online