Mandat Rakyat Untuk BN… Laksanakan Dengan Istiqamah ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata mandat telah diberikan oleh rakyat Melaka maka kini masanya untuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO membalas kepercayaan dan harapan yang diberikan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Melaka yang telah memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui semula kepimpinan negeri Melaka menerusi undi mereka.

“Tahniah dan terima kasih juga kepada semua petugas dan jentera BN bagi PRN Melaka atas segala kerja keras dan semangat muafakat dalam membantu semua calon BN yang bertanding sehingga mencapai kemenangan yang sungguh bermakna.

“Tahniah juga kepada semua calon-calon BN yang memenangi kerusi yang ditandingi.

“Mandat laksanakan dengan istiqamah, ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya.

BN memperoleh mandat untuk mentadbir kerajaan Melaka setelah memenangi lebih dua pertiga kerusi DUN. Gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan. – UMNO Online