BN remains the subject of onslaught – Ahmad Maslan


JOHOR BAHRU, March 7 – Secretary-General Datuk Seri Ahmad Maslan said Barisan Nasional (BN) remains the subject of opponents’ attack in Johor as it is relevant at all times.

“They will continue to be hard on us but we must remain strong to face them. God willing, we will prevail on the March 12 election.


“From Mersing to Johor Bahru, from Pagoh and Muar until Pengerang, the development was brought during BN era. Whether its a clinic or hospital, schools to universities, surau to mosques, small township to big city, it was BN who built them,” he said.

The Pontian MP said in his campaign here, today. The state election started right after the nomination day on February 26.

A total of 239 candidates from all parties will contest in the election, which sees seven three-cornered and two seven-cornered fights.

From that number, 56 are from BN and PN each, 30 Pakatan Harapan, 42 Pejuang, 20 PKR, 16 Independents, 7 from MUDA, 6 Warisan,4 from PBM and each from Putra and PSM.

 

BN Jadi Tentangan Kerana Sentiasa Relevan… Dulu, Kini, Masa Akan Datang – Ahmad Maslan


JOHOR BAHRU, 7 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) dijadikan tentangan yang begitu hebat oleh parti-parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana BN adalah parti yang relevan dari dulu hingga kini dan juga pada masa akan datang.

Jelasnya, segala pembangunan yang dilihat di Johor adalah datangnya dari era BN mentadbir.

“Pihak lawan tentunya akan ‘membantai’ kita tapi kita akan terus berdiri dan gagah berhadapan dengan mereka. Dengan izin Allah SWT dan sokongan semua rakyat, insya-Allah BN akan menang 12hb ini.

“Ini disebabkan BN adalah parti yang relevan dari dulu, kini dan pada masa akan datang. Apa yang dilakukan oleh BN Johor ini boleh dilihat di hadapan mata segala pembangunan yang ada di Johor.

“Daripada Mersing hingga ke Johor Bahru, sehingga Pagoh dan Muar sampailah ke Pengerang maka segalanya dilakukan oleh BN. Sama ada dari klinik sampailah ke hospital yang besar, dari sekolah sampailah ke universiti, sama ada dari surau hinggalah ke masjid yang besar, pekan kecil dan pekan besar hingga ke bandaraya semuanya dibina dalam era BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian kepada UMNO-Online dalam kempen PRN Johor yang telah bermula sejak 26 Feb lalu.

Dilaporkan, seramai 239 calon layak bertanding pada PRN Johor dengan minimum tujuh pertandingan tiga penjuru dan dua pertandingan tujuh penjuru.

Daripada keseluruhan 239 calon, 56 masing-masing adalah calon BN dan PN, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) (7), Parti Warisan (6), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (4), dan masing-masing satu mewakili Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). – UMNO Online