Takut Dengan Undi Rakyat Nak Gelar Apa Pula… Sebab Sudah Tiada Gigi?

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan membidas kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyindir UMNO risau hanya tinggal gigi depan sahaja jika dilambatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kalau kita yang nak PRU segera disebut risau tinggal gigi depan, mereka yang takut berhadapan dengan undi rakyat pula macam mana?

“Adakah takut sebab sudah tiada gigi?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Ujar Zahida, apa yang penting rakyat sudah membuktikan parti mana menjadi pilihan mereka dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya sebenarnya malas nak layan… Tapi biarlah, rakyat sudah buktikan pilihan mereka.

“PPBM kalah dalam PRK Semenyih tahun 2019, kalah lagi dalam PRK Tanjung Piai tahun sama seterusnya kalah teruk dalam PRN Melaka dan Johor,” katanya.

Jelasnya juga, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak membangga diri malah ambil kemenangan di dalam siri pilihan raya itu sebagai satu pengajaran untuk lakukan yang lebih baik kepada rakyat. – UMNO ONLINE