MKT Gesa Jentera Parti Semua Peringkat Tumpu Siap Siaga PRU-15

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berharap keseluruhan jentera parti bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat yang dilaksanakan tadi dengan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“MKT menggesa agar jentera parti di semua peringkat menumpukan kepada kesiapsiagaan bagi menghadapi PRU-15, bila pun tarikhnya yang akan ditentukan.

“Mesyuarat dua jam kalau hendak dicatat semua satu buku… setiap kali mesyuarat memang bagus, kita bersiap siaga terhadap apa juga cabaran dan kita menghadapinya inilah yang penting MKT menggesa semuanya agar bersedia.

“Apa juga cabaran kita ambil serius jangan underestimate lawan siapa pun mereka, kita hanya perlu bersiap sedia,” katanya ketika ditemui media.

Terdahulu, pada masa yang sama mesyuarat MKT turut menetapkan tarikh-tarikh persidangan cawangan, mesyuarat perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung. – UMNO Online